Noryn Aziz menganggap berita kehamilannya pada Januari lalu adalah hadiah paling besar yang pernah diterimanya. Noryn atau nama sebenarnya, Norazmahwati Abdul Aziz, 37, berkata,
sejak berkahwin dengan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad pada
2010 dia memang menantikan saat-saat bergelar ibu dan akhirnya ia bakal
menjadi kenyataan.
"Sebelum ini macam-macam cara saya dan suami ikhtiar untuk mendapatkan zuriat namun tidak berjaya. "Alhamdulillah usaha dan doa kami berdua akhirnya membuahkan hasil
dan saya kini sedang hamil empat bulan dan dijangka bersalin pada
September depan," katanya.
Noryn berkata, sebelum disahkan hamil dia banyak melakukan rawatan
akupunktur yang disarankan oleh rakannya yang juga penyanyi, Nurul
Wahab. Jelas Noryn, rawatan tersebut banyak membantunya dalam melancarkan
kembali sistem dalamannya tambahan pula dia mengalami masalah kurang
darah dalam badan.
"Alhamdulillah dengan izin Allah selepas beberapa kali melakukan rawatan
itu saya disahkan hamil anak pertama selepas sekian lama mencuba
mendapatkan zuriat. "Saya juga banyak meminta nasihat dan pandangan daripada rakan selebriti
seperti Nurul dan Betty Benafe kerana mereka mempunyai pengalaman,"
ujarnya. Tambahnya lagi, buat masa ini dia tidak mengalami sebarang alahan teruk namun mengakui sentiasa berasa penat. mstar
-- Anak Rozita Che Wan Dapat 9A SPM 2013 Ammar Effendy
-- Fariq Ab Hamid MH370 Dan Kapten Nadira Ramli Pilot Air Asia Rancang Kahwin (Gambar)
-- Fasha Sandha Mengandung Anak Kedua? (Gambar)
-- Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!