Zed Zaidi menerusi laman sosial Twitter memohon maaf atas
kenyataannya yang memperlekehkan insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS)
MH370 yang dilaporkan hilang pagi Sabtu.
Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 34, berkata, dia keliru
dengan maklumat berkenaan dan tidak bertujuan untuk memburukkan
keadaan.
"Saya mohon maaf atas kenyataan mengenaik kapal terbang MAS yang
hilang di Twitter dan Facebook sebentar tadi. Saya tidak berniat untuk
memburukkan lagi keadaan. "Saya harap orang ramai menghentikan spekulasi terhadap berita ini
kerana ia mengelirukan. Kita berdoa semoga semua anak kapal dan
penumpang MAS yang hilang berada dalam keadaan selamat dan dilindungi
Allah," tulisnya.
Zed dalam kenyataan awalnya di twitter pada pukul 11 pagi
mempersoalkan kehilangan pesawat tersebut dan memperlekehkan hidanganya
yang disajikan pihak syarikat penerbangan terbabit. Bagaimanapun, kenyataan tersebut mendapat kecaman daripada pengguna
laman sosial dan menganggap pelakon itu cuba mengambil kesempatan untuk
mencari publisiti murahan terhadap insiden tersebut.
Terdahulu, pada pagi Sabtu, MAS mengesahkan bahawa penerbangan MH370
telah terputus hubungan dengan Menara Kawalan Trafik Udara di Subang. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh MAS, penerbangan MH370,
yang menggunakan pesawat B777 -200 berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul
12.41 pagi pada 8 Mac 2014. MH370 dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.
Penerbangan itu membawa seramai 227 penumpang (termasuk 2 bayi) dan 12 anak kapal. mstar
-- MH370 Hilang, Dua Tumpahan Minyak Dikesan Di Luar Pantai Vietnam
-- Pernikahan Syamsul Yusof Dan Puteri Sarah Liyana Di Masjid Al Mukarramah Sri Damansara
-- Hanez Suraya Dipeluk Lelaki Sekadar Kawan Rapat (Gambar)
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!