Pages

Friday, June 20, 2014

Keputusan Piala Dunia Columbia vs Ivory Coast Pecah Rekod 20 Tahun

Colombia mengukuhkan kedudukan teratas bagi Kumpulan C selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas Ivory Coast pada aksi Piala Dunia, Jumaat. Pada aksi pertama sebelum ini, pasukan kendalian Josa Pekerman ini turut menewaskan Greece 3-0.


Dengan kedudukan selesa ini, Colombia mencatat sejarah tersendiri apabila layak beraksi pada pusingan kedua buat kali pertama sejak tahun 1994. Colombia tidak beraksi dalam tiga edisi Piala Dunia sebelum ini (2002,2006,2010) kerana gagal melepasi pusingan kelayakan.

Sementara itu, pada perlawanan ini, separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan mempamerkan permainan yang berhati-hati sehingga gagal meledak sebarang gol. Namun rentak permainan pada babak kedua kedua lebih rancak dengan menyaksikan serangan pantas ke kubu Ivory Coast.

Pemain tengah Colombia, James Rodriguez berjaya memecah kebuntuan gol pertama perlawanan pada minit ke-64. Enam minit selepas itu, James Quintero menambah gol kedua dengan menewaskan penjaga gol Ivory Coast, Baubacar Barry selepas menerima hantaran dari Aurier.

Selepas  itu pemain tengah Ivory Coast merapatkan jaringan pada minit ke-73 selepas berjaya menggelecek tiga pemain lawan sebelum melakukan penyudah tepat ke arah gawang. Sehingga wisel terakhir, keputusan kekal berpihak kepada Colombia. Colombia akan bertemu pasukan Jepun pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan Selasa ini.

--  Keputusan England vs Uruguay Suarez Punca Kekalahan England (Gambar)
--  Jenazah Ummi Nadiah Filzah Daud Pelajar Di Mesir Tiba Di Malaysia
--  Maria Farida Dan Bikini Jadi Isu Di Instagram (Gambar)
--  Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)

No comments:

Post a Comment

Thanks For Your Sincere!!