Uqasha Senrose menjelaskan selepas membuat keputusan bertudung jiwanya
menjadi semakin tenang manakala perlakuannya juga sudah mula dijaga.
Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen, 22,
berkata dia juga mula mengawal setiap perilaku dan kata-kata yang
ditutur untuk menjaga adab sebagai wanita muslimah sebenar. "Alhamdulillah, sejak bertudung ini, sedikit demi sedikit saya
mengubah perilaku diri. Nak gelak kuat-kuat pun dah segan, tak macam
dulu.
"Bukan sebab risau orang pandang, tetapi saya anggap menjaga adab dan
sikap membuatkan kita menjadi seorang muslimah yang sempurna dan lebih
baik. Apa-apa pun banyak lagi perkara yang perlu saya belajar," ujarnya.
Uqasha turut menegaskan keputusannya mahu bertudung pada bulan lalu
tiada kaitan dengan permintaan mana-mana lelaki yang cuba dikaitkan
dengannya. Perubahan itu ujarnya datang atas kemahuan sendiri dan tidak pernah dipaksa oleh mana-mana pihak.
"Merepeklah! Takkan saya bertudung kerana dipaksa oleh seseorang?
Jujurnya perubahan pada diri saya datang daripada kemahuan sendiri.
Tiada paksaan daripada sesiapa pun. "Kalau ikut orang, nanti pemakaian tudung saya tidak akan kekal. Jadi
tak perlulah saya nak ikut orang dalam melakukan apa-apa perubahan, biar
niat itu datang dengan sendiri," katanya. mstar
-- Jenazah Ummi Nadiah Filzah Daud Pelajar Di Mesir Tiba Di Malaysia
-- Murid Dirogol Diliwat Dalam Kereta Kemudian Ditoreh Kemaluan Tolak Seks Oral Di Muar
-- Anak Ketua Pramugara MH370 Maira Elizabeth Terima Jersi Liverpool (Gambar)
-- Rebecca Nur Al Islam Dan Baju Merahnya (Gambar)
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!