Pengenalan peraturan baharu cermin gelap yang diumumkan Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menyelesaikan isu cermin gelap yang
timbul selama ini, kata Pengarah Urusan Driven Communications Sdn Bhd,
Paul Tan.
Paul, yang juga penulis blog automotif terkenal paultan.org, berkata
dengan pengenalan peraturan baharu ini, tahap keselamatan kenderaan
dapat ditingkatkan serta pemandu dan penumpang akan berasa lebih selesa.
"Kita tidak dapat pastikan bahawa peningkatan cermin gelap akan
mengurangkan jenayah, tetapi sebarang langkah yang berpeluang
meningkatkan tahap keselamatan ke atas sesebuah kenderaan adalah baik,"
katanya. Beliau berkata pada masa sama, peraturan baharu ini akan lebih memberi
keselesaan kepada penumpang tempat duduk belakang kerana mengurangkan
pendedahan kepada cahaya matahari pada waktu siang. Pengenalan peraturan baharu ini menunjukkan keseimbangan yang baik
antara keselesaan dan keperluan keselamatan terutamanya untuk pihak
berkuasa menjalankan penguatkuasaan, katanya.
Semalam, JPJ mengumumkan akan melaksanakan penguatkuasaan peraturan
baharu berhubung penggunaan cermin gelap bermula 1 November depan. Ketua Pengarahnya Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, pelaksanaan
peraturan baharu itu menetapkan kadar ketelusan cahaya nampak (VLT) bagi
cermin belakang dan sisi penumpang belakang dikurangkan daripada 50
peratus kepada 30 peratus. Beliau berkata, kadar VLT bagi cermin hadapan dan sisi pemandu pula masing-masing kekal pada kadar 70 peratus dan 50 peratus.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Datuk Dr
Tam Weng Wah berkata keputusan penetapan kadar cermin gelap itu
diperoleh hasil perbincangan antara pihak terlibat dalam Bengkel Kajian
Semula Peraturan Penggunaan Cermin Gelap Kenderaan yang berlangsung Jun
lepas. "Dari segi signifikannya, penetapan kadar cermin gelap ini dibuat
berdasarkan permohonan daripada pengguna selain mengambil kira faktor
keselamatan," katanya.
Beliau berkata penetapan terbaharu ini adalah keputusan terbaik yang
dapat dicapai dan sebarang maklum balas yang diterima selepas ini masih
lagi boleh dipertimbangkan pihak JPJ untuk memperbaiki kelemahan di masa
akan datang. sinarharian
-- Proton Iriz Dan Perodua Myvi Jom Tengok Perbezaannya
-- Bayi 8 Bulan Dicakar Biawak Di Pulau Tioman Kena 50 Jahitan Di Muka (Gambar)
-- Pelajar IPTA Tak Senonoh Dalam Bas Ditahan Polis
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!