ad ld

Pages

Showing posts with label lana nordin dan johan asaari. Show all posts
Showing posts with label lana nordin dan johan asaari. Show all posts

Saturday, December 14, 2013

Johan As'ari Kemalangan Kereta Remuk (Gambar)

Johan As'ari sekali lagi mengalami kemalangan jalan raya pada pagi 10 Disember lalu. Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Johan menerusi akaun Instagram miliknya dengan memuat naik gambar keretanya yang rosak akibat kemalangan tersebut.


Berdasarkan status yang dikongsi Johan, kemalangan itu berlaku ketika dia dalam perjalanan menuju ke lokasi penggambaran. Namun, tidak ada sebarang kecederaan yang dilaporkan.

Johan turut memberitahu kemalangan yang berlaku bukanlah di atas kecuaiannya, sebaliknya percaya ada hikmah di sebalik kejadian tersebut. Untuk rekod, sebelum ini Johan juga pernah mengalami kemalangan dengan kereta yang sama pada tahun lalu. sinarharian

-- Pernikahan Rozita Che Wan Dan Zain Saidin Di Gazebo Setia City Convention Centre (Gambar)
-- Budak 30 Bulan Mati Selepas Terjatuh Banana Boat Di Pantai Purnama Port Dickson (Gambar)
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar) 

Monday, December 2, 2013

Lana Nordin Nafi Guna Ilmu Hitam Pikat Johan As'ari

Pelakon Lana Nordin meluahkan rasa sedih apabila dituduh menggunakan ilmu hitam untuk memikat aktor Johan As'ari gara-gara aktor tersebut telah melamarnya untuk dijadikan sebagai isteri dalam tempoh masa tiga hari perkenalan. Lana, atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin, 33, berkata, dia terkejut apabila dituduh sebegitu kerana dirinya bukanlah seorang pengamal ilmu hitam sebaliknya menyifatkan lamaran Johan, 27, itu adalah jodoh yang ditentukan Allah S.W.T.


"Susah untuk terangkan situasi ini, saya anggap perkenalan dalam tempoh tiga hari ini dan kemudian terus dilamar dianggap sebagai pertemuan baik antara saya dan Johan. "Ini kerana saya mahu seorang lelaki yang menerima saya seadanya dan kemudian membimbing saya mengubah diri ke arah kebaikan. Terkejut juga apabila orang anggap saya gunakan ilmu hitam terhadap Johan. Itu adalah tuduhan yang tidak masuk akal," katanya.