ad ld

Pages

Showing posts with label lana nordin seksi. Show all posts
Showing posts with label lana nordin seksi. Show all posts

Monday, December 2, 2013

Lana Nordin Nafi Guna Ilmu Hitam Pikat Johan As'ari

Pelakon Lana Nordin meluahkan rasa sedih apabila dituduh menggunakan ilmu hitam untuk memikat aktor Johan As'ari gara-gara aktor tersebut telah melamarnya untuk dijadikan sebagai isteri dalam tempoh masa tiga hari perkenalan. Lana, atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin, 33, berkata, dia terkejut apabila dituduh sebegitu kerana dirinya bukanlah seorang pengamal ilmu hitam sebaliknya menyifatkan lamaran Johan, 27, itu adalah jodoh yang ditentukan Allah S.W.T.


"Susah untuk terangkan situasi ini, saya anggap perkenalan dalam tempoh tiga hari ini dan kemudian terus dilamar dianggap sebagai pertemuan baik antara saya dan Johan. "Ini kerana saya mahu seorang lelaki yang menerima saya seadanya dan kemudian membimbing saya mengubah diri ke arah kebaikan. Terkejut juga apabila orang anggap saya gunakan ilmu hitam terhadap Johan. Itu adalah tuduhan yang tidak masuk akal," katanya.