ad ld

Pages

Friday, April 1, 2011

(Gambar) Kemalangan Ngeri Kancil, Lori, Treler Di Jln Kota Bharu G Musang Dkt Paloh 3, 3 Maut

Gua Musang - Tiga orang maut dalam kemalangan ngeri di Jalan Kota Bharu-Gua Musang berhampiran Simpang Paloh Tiga di sini kelmarin. Kemalangan pada pukul 6.30 petang itu melibatkan sebuah treler, lori kontena dan kereta Perodua Kancil. Mangsa yang terbunuh ialah pemandu lori kontena, Muhammad Fathimy Hassan, 29, pemandu kereta, Mat Dahari Yusoff, 35, dan rakannya, Sa'ade Mohd. Noor, 35.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gua Musang, Deputi Supritendan Aziz Hasan berkata, kemalangan berlaku apabila sebuah treler mengangkut kenderaan cuba mengelak lori membawa tong gas yang rosak di laluan tersebut. Ujarnya, pemandu treler telah memperlahankan kenderaan namun telah dirempuh dari arah belakang oleh sebuah kereta Perodua Kancil yang dinaiki Mat Dahari dan Sa'ade.

"Kereta tersebut kemudian terbalik dan telah dirempuh pula oleh sebuah lori kontena dipandu Muhammad Fathimy menyebabkan kereta itu remuk," katanya. kosmo

-- Video Dan Gambar Majlis Perkahwinan Nur Nadia SM Nasimuddin - Idaman Gadis
-- (Gambar) Kes Bunuh Fazlina Ahmad: Tertuduh Bt Seks Dgn Kekasih Dpn Almari Berisi Mayat Isteri
-- (Gambar) Mayat Lelaki Putus Dua Kemalangan Di Jln Lingkaran Tengah MRR2
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!

Datuk Malek Noor Kena Sakit Jantung Tika Main Bola, Msk ICU Hospital Pantai

Ipoh - Bekas juara bina badan Asia, Datuk Malek Noor dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Pantai di sini setelah mengalami serangan jantung ketika bermain bola sepak bersama pasukan pilihan Menteri Besar malam tadi.

Pengerusi Eksekutif Yayasan Atlet Kebangsaan (Yakeb), Datuk Paduka Dr. Mumtaz Jaffar berkata, doktor kini membuat pemantauan rapi dan keadaannya dilaporkan stabil.

- Semoga beliau cepat pulih spt sedia kala hendaknya.

-- Gambar Anak2 Artis Di Fesyenista Baby Kiko
-- (Gambar) Banjir Di Perlis Bertambah Buruk
-- (Gambar) Gadis Bunuh Diri Terjun Tingkat 3 KB Mall