ad ld

Pages

Tuesday, October 29, 2013

Mizz Nina Bertudung Selepas Menunaikan Haji (Gambar)

Penyanyi Mizz Nina mengesahkan yang dia kini sudah pun berhijab selepas pulang daripada menunaikan Haji di Mekah pada Jumaat lalu bersama suaminya vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, 29. Pengurus penyanyi wanita itu, Joe Saiful, berkata, Nina atau nama sebenarnya Syazrina Azman, 33, bagaimanapun memberitahu dia masih belum bersedia untuk bertemu atau menjawab sebarang persoalan media mengenai perubahan imejnya itu.


"Buat masa ini Nina masih lagi belum bersedia bertemu media untuk bercakap tentang imej barunya itu. "Tetapi dia telah mengesahkan pada saya bahawa buat masa ini dia memang sudah pun bertudung," katanya. Tambah Joe, Nina memerlukan sedikit masa untuk tampil kepada media serta khalayak dengan imej yang bersesuaian.

"Nina seorang yang sangat peka dengan imejnya sebagai selebriti dan apabila sudah berhijab, Nina sedang mencari imej yang bersesuaian sebelum tampil di khalayak. "Dalam pada itu, banyak juga perubahan yang harus dilakukan dalam karier muziknya. Sebab itu dia perlukan masa. Diharap semua pihak dapat memahami situasinya," tutur Joe. Miz Nina juga merupakan anak kepada Pengerusi Kumpulan AmBank Malaysia, Tan Sri Azman Hashim. mstar

-- Persandingan Ashraf Muslim Dan Wan Sakinah (Gambar)
-- Pernikahan Diana Amir Dan Habibbullah Di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Gambar)
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)

Monday, October 28, 2013

Shuhada Tersingkir AF 2013 Minggu Ke Tujuh (Gambar)

Shuhada tersingkir di minggu ke tujuh Akademi Fantasia AF 2013 kerana mendapat undian terendah. Shuhada membuat persembahan duet bersama Mila Juara AF5 menyanyikan lagu Hanya Memuji Shanty dan Marcell. Dato Siti Nurhaliza inspirer ketiga AF 2013 mengumumkan Shuhada tersingkir dari AF 2013.


Faizul mendapat pujian dari para juri hasil persembahan mantap bersama Adira Juara AF8 menyanyikan lagu Penghujung Cintaku Pasha Ungu dan Adelia. Nabila mendapat undian tertinggi tetapi para juri masih tidak berpuas hati dengan persembahannya minggu ke minggu masih tidak menyerlah di minggu ke tujuh berduet bersama Aliff Satar dengan lagu Keliru Ajai dan Nurul. Lisa Surihani dan Yusry KRU turut membuat kejutan muncul dengan beberapa ekor ular selepas persembahan Azhael.

-- Abby Abadi Dakwa Umno Punca Dunia Hiburan Sesat (Gambar)
-- Pernikahan Diana Amir Dan Habibbullah Di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Gambar)
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)

Saturday, October 26, 2013

Pernikahan Diana Amir Dan Habibbullah Di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Gambar)

Pelakon Diana Amir sah bergelar isteri kepada Mohd Habibbullah A Rahman, seorang petugas di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Merbok, Kedah dengan sekali lafaz. Majlis pernikahan telah berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini kira-kira pukul 9.30 malam, Jumaat. Akad nikah telah disempurnakan oleh Imam Besar masjid berkenaan iaitu Hazaruddin Baharuddin. Pengantin perempuan diwalikan oleh bapanya sendiri, iaitu Amir Hashim Mohd Kassim.


Pada majlis itu Diana atau nama sebenarnya Nurdiyana Amir Hashim, 27, turut menerima mas kahwin sebanyak RM1,000, senaskhah Al-Quran dan cincin. Kedua-dua belah pihak tidak menyediakan sebarang hantaran pada majlis tersebut. Pasangan tersebut sebelum ini telah mengikat tali pertunangan pada September tahun lalu dalam satu majlis tertutup di rumah keluarga pelakon berkenaan.

Kelantan Layak Ke Final Piala Malaysia Kalahkan ATM 4-3 (Gambar)

Kelantan memastikan slot final Piala Malaysia menjadi milik mereka selepas mencatat kemenangan agregat 4-3 ke atas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada perlawanan timbal-balik di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di Kota Bharu malam ini. Keputusan seri 2-2 yang dicatatkan oleh Kelantan sudah memadai untuk mereka beraksi di pentas akhir pada 3 Nov ini di Stadium Shah Alam.


Pasukan pantai timur itu yang terkenal dengan jolokan 'The Red Warriors' sebelum ini mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas ATM pada separuh akhir pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Jumaat lepas. Pada perlawanan hari ini, penyerang import ATM, Marlon Alex James membuka tirai jaringan pada minit ke-18 apabila beliau memanfaatkan situasi kelam-kabut di hadapan pintu gol pasukan Kelantan.
Kelantan terus ketinggalan apabila Marlon menggandakan jaringan untuk pasukan 'The Gladiators' pada minit ke-35 selepas beliau menyudahkan hantaran yang dilakukan oleh Mohd Affize Faisal Mamat.

Bersambung babak kedua perlawanan, Kelantan mengatur semula jentera serangan dan berjaya merapatkan jurang pada minit ke-82 apabila Ahmad Fakri Saarani melepaskan rembatan kencang, sekaligus menewaskan penjaga gol ATM, Mohd Farizal Harun. Kapten pasukan Kelantan, Mohd Badhri Mohd Radzi menjadi wira pasukan kendalian Bojan Hodak selepas menyempurnakan hantaran lintang daripada pemain gantian, Zairol Fitree Ishak pada minit ke-85 dan keputusan tersebut kekal sehingga tamat perlawanan.

Turut hadir menyaksikan perlawanan tersebut ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa dan Panglima ATM, Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin. Pemenang satu lagi aksi separuh akhir antara Pahang dan Sarawak di Stadium Negeri, Kuching, esok akan bertemu Kelantan di pentas final. Untuk rekod, Pahang mencatatkan kemenangan selesa 3-1 ke atas Sarawak pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Sabtu lepas. sinarharian

-- Bonus Kakitangan Awam Setengah Bulan Gaji Minimum RM500 Bajet 2014
-- Tiket Bola Kelantan vs ATM This Is Kota Bharu (Gambar)
-- Rozita Che Wan Bercuti Di London (Gambar)

Thursday, October 24, 2013

Pertunangan Uqasha Dan Pekin Belum Putus

Ibu kepada pelakon Uqasha Senrose, 21, iaitu Rosmizai Mohd Nor memberitahu hubungan anaknya dengan pelakon Pekin Ibrahim, 32, masih belum berakhir dan menolak pasangan berkenaan sudah putus tunang. Rosmizai, 45, berkata, dia masih lagi menunggu penjelasan daripada kedua-dua belah berhubung gosip berkenaan.


"Biasalah dalam tempoh pertunangan ini ada sahaja dugaannya, namun secara rasminya mereka belum putus. "Uqasha ada beritahu saya tentang masalah dalam hubungannya dan sekarang saya tunggu mereka berdua untuk menjelaskan keadaan sebenar, apa yang berlaku," ujarnya.

Gadis 15 Tahun Dibunuh Selepas Gagal Dirogol (Gambar)

Seorang gadis 15 tahun yang dilaporkan hilang dipercayai dibunuh telah ditemui disumbat di dalam sebuah beg pakaian dengan suspek berjaya ditahan polis dengan bantuan seorang pemerhati jenayah. Suspek berusia 23 tahun, merupakan rakan kepada remaja perempuan itu, telah membawa pihak berkuasa kepada penemuan mayat dalam sebuah beg pakaian di tepi Jalan Kebun, Shah Alam malam Selasa.


Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, suspek mengaku membunuh gadis itu di rumahnya setelah gagal merogolnya dan dibawa masuk ke ibu pejabat polis Petaling Jaya pada pukul 6.30 petang oleh seorang awam yang juga pemerhati jenayah.

Saturday, October 12, 2013

Aeril Zafrel Kesal Anaknya Bersama Wawa Zainal Dilabel Anak Haram

Pelakon filem, Aeril Zafril dan Wawa Zainal mengesahkan bahawa mereka sudah bernikah sejak setahun lalu. Pasangan selebriti ini juga sudah mempunyai seorang cahaya mata. Akui bercinta sejak 2011, Aeril memberitahu kisah cinta mereka dihalang oleh pihak pengurusan sehingga terpaksa menyembunyikannya dari pengetahuan umum.


"Kami memang bercinta sejak itu tetapi dimarahi pihak pengurusan. "Kami terpaksa memberitahu bahawa kami tidak bercinta," katanya pada sidang media khas yang turut dihadiri Wawa, hari ini. Ekoran dihalang, pasangan ini membuat keputusan untuk bernikah, awal tahun lalu. "Kerana itu saya mengambil langkah, demi Allah, pada 25 Februari 2012, saya, Aeril Zafril dan Wawa Zainal telah bernikah. "Bukan seperti yg kamu ketahui 4 Februari sebelum ini," kata Aeril.

Agak terkilan apabila cahaya mata mereka dilabel anak luar nikah, Aeril menitiskan air mata. "Orang kata anak saya anak haram. Perasaan seorang bapa...tapi saya tidak kisah jika saya yang dihina. "Tetapi...apabila orang mendedahkan identiti anak saya tanpa kebenaran saya...itu hak peribadi. "Tak kan apabila dah jadi selebriti, kita kena kongsi semua rahsia peribadi," kata Aeril sedikit emosi. Pengakuan tersebut menutup spekulasi yang timbul kebelakangan ini.

-- Wawa Zainal Dan Aeril Zafrel Mengaku Nikah Dua Kali (Gambar)
-- Majlis Baby Shower Yasmin Hani Dan Shaarin (Gambar)
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)
-- Gadis Ditembak 5 Das Di Lampu Isyarat Binjai Kubang Kerian (Gambar)

Thursday, October 10, 2013

Majlis Baby Shower Yasmin Hani Dan Shaarin (Gambar)

Yasmin Hani dan Shaarin buat majlis shower untuk bayi mereka yg bakal lahir nanti. Musim retis ramai yang bersalin tahun ni kan. Jom tengok gambar majlis Yasmin Hani ni.




Ramai gak artis join tu kan, geng Celepets, Ning Baizura pun ada.

-- Majlis Resepsi Fouziah Gous Dan Zhafran (Gambar)
-- Marion Caunter Sarat Mengandung Anak Kedua Tetap Jelita (Gambar)
-- Leuniey Natasha Mengandung 5 Bulan Makin Berseri (Gambar)

Wednesday, October 9, 2013

Indra Putra Diugut Bunuh Boy Nazrie Minta Maaf Lipas Pun Takut (Gambar)

Berikutan ugutan bunuh terhadap Indra Putra Mahyuddin pemain The Red Warriors melalui status Facebook, Boy Nazrie minta maaf dan mengatakan status itu sekadar gurauan sahaja. Jom kita tengok rentetan yang berlaku mengenai hal ni.


Bola punya pasal. Entah la belalang, bapak pun tak tahu...kih3..

-- Kelantan Kalahkan JDT 6-1 Suku Akhir Piala Malaysia 2013 (Gambar)
-- Al Hafiz Penjaga Gol JDT Kematian Anak Lelaki (Gambar)
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)

Tuesday, October 8, 2013

Pasar Raya C Mart Jitra Runtuh (Gambar)

Sebahagian bangunan pasar raya C-Mart di Bandar Darul Aman Jitra Kedah runtuh hari ni. Kejadian berlaku pada 8.40pagi itu melibatkan bahagian pakaian dan kasut namun tiada sebarang kecederaan kerana pasar raya beroperasi jam 10pagi.


Pasar raya C-Mart ini mula dibuka awal Ogos 2013.

--  Marion Caunter Sarat Mengandung Anak Kedua Tetap Jelita (Gambar)
--  Majlis Resepsi Fouziah Gous Dan Zhafran (Gambar)
-- Al Hafiz Penjaga Gol JDT Kematian Anak Lelaki (Gambar)

Toyota Vios 2013 Harga Spesifikasi Dan Pilihan Warna (Gambar)

Toyota Vios 2013 telah dilancarkan di Malaysia dengan harga bermula RM73,200 hingga RM93,200. Vios 2013 didatangkan dalam 5 varian pilihan iaitu Vios 1.5 J (M) RM73,200, Vios 1.5 J (A) RM77,300, Vios 1.5 E RM82,900, Vios 1.5 G RM88,500 dan Vios 1.5 TRD Sportivo RM93,200.


Toyota Vios 2013  masih lagi mengekalkan engine berkapasiti 1.5Liter 1NZ-FE 4silinder dengan VVTI dengan 4 kelajuan bagi transmisi automatik manakala 5 kelajuan bagi transmisi manual. Toyota Vios baru ini juga bagaimanapun menawarkan penjimatan minyak petrol hampir 5 peratus dari model yang sebelumnya.

Didatangkan dengan 5 pilihan warna iaitu Medium Silver Metallic, Silver Mettalic, Attitude Black, White dan Quartz Brown Metallic. Jaminan selama 3 tahun atau 100,000km. sumber arenakereta,lld.

-- Leuniey Natasha Mengandung 5 Bulan Makin Berseri (Gambar)
-- Marion Caunter Sarat Mengandung Anak Kedua Tetap Jelita (Gambar)
-- Al Hafiz Penjaga Gol JDT Kematian Anak Lelaki (Gambar)

Saturday, October 5, 2013

Al Hafiz Penjaga Gol JDT Kematian Anak Lelaki (Gambar)

Takziah kepada Al Hafiz Hamzah penjaga gol Johor Darul Takzim JDT yang kematian anak lelakinya Adam Al Hafiz.


Anak lelaki penjaga gol utama pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (Johor DT) Muhammad Adam Farish Muhammad Al-Hafiz Hamzah meninggal dunia di sini Sabtu, akibat komplikasi penyakit jantung, paru-paru dan pernafasan. Muhammad Adam Farish yang akan mencecah umur dua tahun bulan depan meninggal dunia kira-kira pukul 4.16 pagi di Hospital Sultanah Aminah.