ad ld

Pages

Saturday, October 5, 2013

Al Hafiz Penjaga Gol JDT Kematian Anak Lelaki (Gambar)

Takziah kepada Al Hafiz Hamzah penjaga gol Johor Darul Takzim JDT yang kematian anak lelakinya Adam Al Hafiz.


Anak lelaki penjaga gol utama pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (Johor DT) Muhammad Adam Farish Muhammad Al-Hafiz Hamzah meninggal dunia di sini Sabtu, akibat komplikasi penyakit jantung, paru-paru dan pernafasan. Muhammad Adam Farish yang akan mencecah umur dua tahun bulan depan meninggal dunia kira-kira pukul 4.16 pagi di Hospital Sultanah Aminah.

Muhammad Al-Hafiz yang ditemui pemberita, berkata dia berasa sedih dan terkilan kerana tidak berada di sisi anaknya ketika ia menghembuskan nafas terakhir. Beliau berada di Kota Bharu bersama skuad Harimau Selatan sebagai persiapan menentang pasukan Kelantan pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia yang dijadual malam Sabtu.


Penjaga gol terbabit kemudian tiba di rumah seorang saudaranya di Kampung Bakar Batu, kira-kira pukul 12.30 tengah hari untuk pengurusan jenazah anaknya sebelum dibawa ke kampung halaman isterinya di Kampung Pantai Johor, Alor Setar, Kedah untuk pengkebumian.

Sementara itu, isteri Muhammad Al-Hafiz, Fatihah Nur Fadzil, 24, berkata, anaknya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu pada kira-kira pukul 9 pagi Jumaat selepas mengalami kesukaran bernafas. Menurut Fatihah, anak tunggalnya itu sudah mengalami masalah jantung dan paru-paru sejak dilahirkan dan sering dimasukkan ke hospital untuk rawatan. Takziah untuk keluarga Al Hafiz. Al-Fatihah.

-- Nurul Bersalin Anak Kedua 3.03kg Selepas 15 Tahun
-- Majlis Merisik Rozita Che Wan Dan Zain Saidin Di Carcosa Seri Negara
-- Marion Caunter Sarat Mengandung Anak Kedua Tetap Jelita (Gambar)
-- Leuniey Natasha Mengandung 5 Bulan Makin Berseri (Gambar)

No comments: