Ibu kepada pelakon Uqasha Senrose, 21, iaitu Rosmizai Mohd Nor 
memberitahu hubungan anaknya dengan pelakon Pekin Ibrahim, 32, masih 
belum berakhir dan menolak pasangan berkenaan sudah putus tunang. Rosmizai, 45, berkata, dia masih lagi menunggu penjelasan daripada kedua-dua belah berhubung gosip berkenaan.
"Biasalah dalam tempoh pertunangan ini ada sahaja dugaannya, namun secara rasminya mereka belum putus. "Uqasha ada beritahu saya tentang masalah dalam hubungannya dan 
sekarang saya tunggu mereka berdua untuk menjelaskan keadaan sebenar, 
apa yang berlaku," ujarnya.
Rosmizai berkata demikian ketika diminta mengulas khabar angin 
mengenai  pertunangan pasangan berkenaan yang dikatakan sudah berakhir 
berpunca daripada orang ketiga. Akhbar melaporkan aktor Sharnaaz Ahmad dikatakan menjadi punca kepada
 masalah berkenaan tetapi pelakon itu menafikan tuduhan tersebut 
sebaliknya mahu bertemu dengan Pekin untuk mengetahui perkara sebenar 
sebelum membuat sebarang ulasan.
Tambah Rosmizai, sebagai ibu dia sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anaknya dalam menentukan pilihan hidup masing-masing. "Saya pun tidak boleh komen banyak sebab tidak tahu apa sebenarnya 
yang berlaku tapi apa-apa pun yang terjadi saya hanya doakan mereka 
dapat buat keputusan yang terbaik," katanya. Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 6 Julai lalu. Uqasha dan Pekin gagal dihubungi untuk menjelaskan hal berkenaan. mstar
-- Pegawai Bank Norazita Abu Talib Mati Ditembak Guard Merompak (Gambar)
-- Gadis 15 Tahun Dibunuh Selepas Gagal Dirogol (Gambar)
-- Marion Caunter Sarat Mengandung Anak Kedua Tetap Jelita (Gambar)

No comments:
Post a Comment