ad ld

Pages

Wednesday, June 29, 2011

Wardina Perjelas Tuduhan Sokong Perhimpunan Bersih

Pengacara Wardina Safiyyah,32, amat kecewa apabila dikaitkan terlibat dengan pertubuhan politik termasuklah menyokong perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Sunday, June 26, 2011

Wow 12 Ribu Tempah Myvi Dlm Seminggu

Walaupun baru seminggu dilancarkan, Myvi generasi baharu keluaran Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) mendapat sambutan yang menggalakkan apabila sejumlah 12,000 unit sudah ditempah di seluruh negara.

Video Sepah Juara Maharaja Lawak Akhir 24 Jun 2011

Inilah video persembahan Sepah Juara Maharaja Lawak 2011. Tahniah utk Sepah, dpt hadiah wang tunai RM350ribu tu, perhhh. Rezeki Siti Sarah juga kan.


Best tak?

-- Video Jozan Maharaja Lawak Final 24 Jun 2011
-- Video Maharaja Lawak Minggu 12 Sepah Tugas 1
-- Video Nabil Maharaja Lawak Final 24 Jun 2011
-- (Video) Prema Yin n Shahz Jazle: Uols Tgk Sndri Video Ni Unsur Lucah Ke Tak?

Saturday, June 25, 2011

Video Nabil Maharaja Lawak Final 24 Jun 2011

Ini plak video persembahan Nabil di Final Maharaja Lawak 24 Jun 2011. Jom tengok.


Best gak lawak dia kan.

-- Video Jozan Maharaja Lawak Final 24 Jun 2011
-- Erra Fazira: Saya Mmg Mahu Pakai Tudung
-- Video Kemalangan Ngeri Bas 10/10/10 Di Lebuhraya PLUS

Video Jozan Maharaja Lawak Final 24 Jun 2011

Tahniah Kumpulan Sepah juarai Maharaja Lawak. Mmg lawak terbaik, bikin sakit perut tahan gelak beb. Tempat kedua plak Jozan, juga 'tagteam' yg mantoppp gitu. Nabil tempat ketiga n Jambu ke 4.

Jom tgk video lawak dorang: Jozan


-- Video Jozan Maharaja Lawak Minggu 12 Tugas 2
-- (Gambar) Nabil Raja Lawak dan Qasha Cium Mulut?

Friday, June 24, 2011

Barbican : Unipeg (UKM) Nafi Sahkan Status Halal

Kuala Lumpur - Unipeq, anak syarikat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menafikan ia telah mengesahkan status halal terhadap produk minuman malta berperisa buah-buahan Barbican seperti didakwa pengeluar produk itu pada Khamis lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Unipeq, Dr. Siti Noorbaiyah Abdul Malek berkata, syarikat itu hanya mengeluarkan sijil analisis yang menunjukkan kandungan kompaun yang diuji dan bukannya status halal.

“Sesuatu produk itu hendaklah dirujuk kepada pihak-pihak yang berwibawa seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk status halal dan Kementerian Kesihatan untuk piawai makanan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. kosmo

Thursday, June 23, 2011

Keputusan Malaysia vs Lubnan Pusingan Ke 2 Kelayakan Olimpik 23 Jun 2011

Keputusan Malaysia vs Lubnan Kelayakan Olimpik 2012 yg berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil 23 Jun 2011. Malaysia menang 2-1 atasi Lubnan melalui jaringan Irfan minit ke 10 dan Wan Zack Haikal minit ke 40. Sementara Lubnan dpt jaringkan 1 gol di separuh masa kedua pd minit ke 64.

Persembahan Malaysia kali ini lebih tersusun dgn corak serangan yg berkesan dan dpt mengimbangi rentak permainan Lubnan yg juga byk lakukan serangan berbahaya tp berjaya ditangani barisan pertahanan dan Ketua Pasukan Harimau Malaysia Khairul Fahmi di pintu gol.

Tahniah Malaysia, layak ke pusingan seterusnya kumpulan 12 peringkat Asia. Semoga Malaysia dpt terus mara utk mencatat sejarah layak ke Olimpik. Go Go Malaysia!!!!

-- Video Jozan Maharaja Lawak Minggu 12 Tugas 2
-- Video Gol Shafiq Rahim Malaysia Vs Hong Kong Perlawanan Persahabatan 9.2.11
-- (Gambar) Motosikal Elektrik Modenas CTric
-- (Gambar) Mayat Gadis Kemalangan Viva Dan Lori Tangki Minyak Di Kg Gerai Besut Terengganu 

Showdown 2011: Panic Terkeluar Top 4

Uols tgk Showdown 2011? Td dh peringkat Top 5, semua show sgt superb mlm ni especially Elecoldxhot yg dpt the best performance utk week tema Magic. HMC Flow, Bounce Stepezs, Rokustep n Panic tunjuk skill makin hebat tp akhirnya Panic terkeluar drp saingan lps battle dgn Bounce Stepezs.

Pertama kali juga 3 Battle diadakan utk menentukan group yg terkeluar slps dpt undian terendah. HMC Flow vs Panic pastu Bounce Stepezs vs Rokustep then 3rd round Panic vs Bounce Stepezs. Nasib tak menyebelahi Panic mlm ni. Pepun, gonna miss u Panic!!!!

Next week Top 4 dgn tema bebas. Pastinya semua group akan tampil dgn show terbaik utk merebut peluang ke final. Good luck guys. Support the local dancers!!!!

-- (Gambar) Kaki Jasmin Hamid Melecur Teruk Kena Air Panas
-- Nur Fathia Mengamuk Di Lokasi Stanza Cinta????
-- Annahita Bakavoli Berkahwin Dengan Datuk Saiful Baha
-- Video Maharaja Lawak Minggu 12 Sepah Tugas 1

Wednesday, June 22, 2011

Nur Fathia Mengamuk Di Lokasi Stanza Cinta????

Pelakon Nur Fathia Abd Latiff mengakui tidak berniat untuk mengamuk di lokasi drama Stanza Cinta sehingga bertindak membaling telefon bimbitnya ke arah pengarah Along Kamaluddin seperti yang dilaporkan dalam sebuah akhbar mingguan, Ahad lalu.


Menurut Fathia, insiden tersebut berlaku bukanlah disebabkan oleh sikap panas baran atau besar kepalanya tetapi ia dipengaruhi oleh tindakan spontan gara-gara tertekan untuk menjayakan watak Amni dalam drama itu.

Pengacara Imam Muda Cedera, BMW Langgar Lori

Pengacara Imam Muda musim kedua (IM2), Dzulkarnain Hamzah atau ustaz Dzul terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Sepang, Selangor ketika dalam perjalanan untuk mengadakan ceramah di Port Dickson, Negeri Sembilan, Sabtu lalu. Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2.30 petang itu, ustaz Dzul mengalami kecederaan pada bahagian muka dan lutut kiri apabila kereta BMW 5 Siri yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori kelapa sawit.

Monday, June 20, 2011

Perhatian! Produk Taiwan Dicemari DEHP

Kementerian Kesihatan mengesahkan produk makanan Natural Beauty Fruit dan Vegetable Powder yang diimport dari Taiwan dicemari bahan kimia berbahaya Di (2-ethylhexyl) Phthalate (DEHP). Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pengesahan itu berdasarkan analisis yang dijalankan oleh kementerian ke atas dua produk makanan tersebut.

Keputusan Malaysia vs Lubnan, Kelayakan Olimpik 2012 19 Jun 2011

Skuad Olimpik Malaysia meneruskan cabaran dlm Kelayakan Olimpik 2012 melawan Lubnan di Beirut. Kemenangan amat bernilai dlm perlawanan ini kerana jaringan di tempat lawan tentunya memberi kelebihan utk Malaysia melayan Lubnan di perlawanan kedua di Bukit Jalil hujung minggu ini.

Sunday, June 19, 2011

Pak Uda, Zami Ismail Meninggal Dunia

Innalillah. Takziah utk keluarga arwah Zami Ismail atau lbh dikenali sbg Pak Uda yg meninggal dunia akibat masalah jantung. Al Fatihah.

- Pelawak veteran, Zami Ismail,67, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), kira-kira pukul 10.30 pagi Ahad akibat kegagalan jantung. Menantu sulung Allahyarham, Azizah Amdih,35, berkata, Allahyarham yang dimasukkan ke IJN sejak dua minggu lalu dilaporkan tenat pada malam Sabtu dan terpaksa bergantung hidup dengan bantuan mesin perubatan.

Erra Fazira: Saya Mmg Mahu Pakai Tudung (Gambar)

Pelakon popular Erra Fazira menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa tindakannya menjadi model produk tudung sebuah syarikat di sini bertujuan mengembalikan popularitinya yang kini menurun akibat saingan artis baru.


Sebaliknya beliau berkata, tindakannya menerima tawaran syarikat Desa Murni Batik Sdn. Bhd. itu selaras dengan niatnya untuk memakai tudung sepenuhnya satu hari nanti. Baginya, tidak salah artis menjadi model produk tudung kerana ia merupakan satu tanggungjawab sama jika beliau menjadi model kepada mana-mana syarikat dan produk lain.

“Tujuan saya jadi model produk tudung bukan untuk tarik peminat sebaliknya ia adalah salah satu amanah sebagai duta. “Peminat datang dengan sendiri. Kadang-kadang kita pakai tudung pun, kalau orang tak minat, tak minat juga,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Desa Murni Batik cawangan Kota Bharu semalam. kosmo

-- (Gambar) Lisa Surihani Dan Yusry Di Majlis Ulang Tahun KRU Studios
-- (Gambar) Pertunangan Ally Iskandar TV3 Dan Aishah Zainal Naib Juara Gadis Melayu Musim Pertama
-- (Gambar) Suami Erra Fazira, Engku Emran Kahwin Lain???
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!

Saturday, June 18, 2011

Keputusan Malaysia vs Myanmar, Perlawanan Persahabatan 18 Jun 2011

Malaysia menang 2-0 atasi Myanmar di Stadium Muhammad IV Kota Bharu Kelantan. Boleh dikatakan catat rekod krn 1st time perlawanan antarabangsa diadakan di stadium negeri or luar Kuala Lumpur. Malaysia mendahului 1-0 melalui jaringan Amirulhadi pada separuh masa pertama minit ke 28.

Video Jozan Maharaja Lawak Minggu 12 Tugas 2

Ini mmg lawak tahap gaban punya lah. Gerenti gelak abis sesapa yg tengok. Tabik Jozan!!!!


Kelakar gilerrrr kan.

-- Video Jozan Maharaja Lawak Minggu 12 Tugas 1
-- Video Maharaja Lawak Minggu 12 Sepah Tugas 1
-- (Gambar) Lisa Surihani Dan Yusry Di Majlis Ulang Tahun KRU Studios

Video Jozan Maharaja Lawak Minggu 12 Tugas 1

Video Maharaja Lawak Minggu 12 Sepah Tugas 1

Friday, June 17, 2011

Mati Dipaksa Minum Air Oleh Bomoh Siam Di Kg Pulau Rusa Terengganu

Seorang bapa hanya mampu melihat anak lelakinya dipaksa minum air menggunakan hos getah oleh seorang bomoh Siam sehingga pemuda itu pengsan dan meninggal dunia ketika berubat di sebuah rumah di Kampung Pulau Rusa, Merchang dekat sini kelmarin.

(Gambar) Motosikal Elektrik Modenas CTric

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (Modenas) melakar sejarah apabila muncul sebagai syarikat pengeluar motosikal tempatan yang berjaya memperkenalkan sebuah motosikal elektrik pertama di negara ini melalui pelancaran Modenas CTric.

Myvi 1.5 : Gambar, Harga Dan Spesikasi Terkini

Makin cun kan Myvi baru ni? Varian enjin 1.5l tentunya makin power la movement, pick up bertambah. Penggunaan minyak? Rasanya kalo produk Perodua bab minyak jimat mmg tip top la kan, save gilerr kata org.

Wednesday, June 15, 2011

Dr Azam Hilang 26 Hari Ditemui Di Kuantan Tak Bayar Sushi RM70

Seorang doktor pelatih Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar dekat sini yang hilang selama hampir sebulan didakwa akibat dipukau ditemui selamat di pusat beli-belah Berjaya Mega Mall di Kuantan, Pahang pada Sabtu lalu iaitu pada hari dia sepatutnya melangsungkan majlis pertunangan. Dr. Mohd. Noor Azam Mohd. Nazri, 26, ditemui oleh ketua pengawal keselamatan di pusat beli-belah tersebut apabila dia ditahan kerana tidak membayar bil makanan sushi RM70 di sebuah restoran pada pukul 5 petang.

Tony Blair Bekas PM Britain Baca Al-Quran Setiap Hari

Bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair yang merupakan seorang penganut ajaran Katholik, mengaku membaca kitab suci umat Islam, al- Quran (yang diterjemahkan) pada setiap hari, lapor sebuah akhbar semalam. Pemimpin berusia 58 tahun itu berkata, beliau membaca Al-Quran untuk memastikan bahawa beliau lebih memahami tentang ajaran Islam.

Tuesday, June 14, 2011

Kelantan vs Perak, Selangor vs Felda United: Terkini Liga Super 14 Jun 2011

Kelantan kekal terajui Liga Super slps menang 1-0 dgn Perak hasil jaringan Matyo a.k.a Norshahrul Idlan Talaha. Peluang The Red Warriors cerah utk muncul Juara Liga Super krn miliki kelebihan gol yg besar berbanding Selangor dan Terengganu.

Selangor pula turut catat kemenangan 2-1 Felda United. Terengganu juga menang 3-2 dgn T Team. Keputusan lain:
  • Johor 2-1 Pahang
  • Kedah 1-1 N Sembilan
  • Perlis 0-1 Sabah

(Gambar) Kad Kahwin Noh dan Mizz Nina Mula Diedar

Ikatan pertunangan antara vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, 27, dan penyanyi Shazrina Azman (Mizz Nina), 31, yang berlangsung pada 6 November 2010 akan berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan pada 1 Julai depan. Tarikh pernikahan itu dipilih bersempena dengan tarikh lahir Nina di mana ia akan berlangsung di rumah keluarganya di Ampang Jaya dengan kehadiran hanya keluarga terdekat sahaja.

Skuad Olimpik Malaysia Kalah Lagi 0-4 Qatar Di Doha

Skuad Olimpik Malaysia yang dalam rangka persiapan menghadapi perlawanan prakelayakan Olimpik menerima tamparan hebat apabila kalah 4-0 kepada skuad Olimpik Qatar pada perlawanan persahabatan di Stadium Al Sadd, Doha 14 Jun 2011. Beraksi dalam suhu panas dan kering, anak-anak buah Ong Kim Swee ketinggalan dua gol dalam tempoh lapan minit sebelum Qatar menambah lagi dua jaringan pada minit ke-33 dan 38.

Rayuan Ke IPTA Lepasan SPM Boleh Disemak Mulai Tengah Hari Selasa

Keputusan rayuan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dan yang setaraf untuk sesi akademik 2011/2012 boleh disemak mulai tengah hari Selasa. Kementerian Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan berkata, pemohon boleh berbuat demikian menerusi laman webnya di www.upu.mohe.gov.my atau laman web universiti yang dipohon. Keputusan rayuan adalah muktamad dan rayuan calon dianggap gagal jika mereka tidak menerima sebarang tawaran rasmi sehingga 3 Julai ini, kata kenyataan itu.

Monday, June 13, 2011

Hazama Juara AF9

Pelajar Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9), Hazama atau nama sebenarnya Hazama Ahmad Azmi, 26, dinobatkan sebagai juara pada konsert akhir yang berlangsung di Dataran Putrajaya, malam Ahad. Dengan kemenangan itu, Hazama membawa pulang wang tunai sebanyak RM200,000 beserta sebuah piala sumbangan Astro.

Dia turut menerima sebuah kamera Sony Handycam bernilai 3,299 sumbangan Sony serta hamper dan wang tunai bernilai RM5,000 sumbangan Power Root. Pelajar kelahiran Perak ini telah diundi masuk pada konsert AF9 minggu ketiga, selepas pelajar Aida dan Amir digugurkan dalam program itu.

Sunday, June 12, 2011

(Gambar) Timberlake N Mila Kunis Saling Meraba Depan Penonton

Penyanyi terkenal, Justin Timberlake meraba pelakon Mila Kunis di hadapan penonton semasa mereka ditugaskan mengumumkan pemenang pada Majlis Anugerah Filem MTV.. Para penonton terkejut dengan tindakan Timberlake, 30, meraba baju di bahagian payu dara Kunis, 27, selepas dia menyatakan bahawa mereka tidak pernah keluar bersama selepas digosip mempunyai hubungan cinta oleh pihak media.

Kelantan vs Terengganu Perlawanan Akhir Piala FA 11 Jun 2011

Terengganu muncul juara Piala FA 2011 dgn menang 2-1 Kelantan dlm perlawanan akhir di Bukit Jalil. Jaringan cantik Nurul Azwan Roya seakan akan bakal menjulang Kelantan tp terbantut dgn gol sendiri Daudsu pd minit akhir perlawanan.

Masa tambahan diberikan dan Terengganu menambah gol pd separuh masa kedua. Persembahan kedua dua pasukan sgt menarik w/pun agak byk aksi keras dgn lbh 5 kad kuning dilayangkan sepanjang perlawanan. Tahniah Terengganu.

-- Kelantan Cuti Peristiwa Esok Sempena Piala FA
-- Gambar Kapal Layar Dibina Dgn 12 Ribu Botol Plastik
-- Video Gol Shafiq Rahim Malaysia Vs Hong Kong Perlawanan Persahabatan 9.2.11
-- (Gambar) Erra Fazira Dpt Hadiah LV Sempena Anniversary 

Saturday, June 11, 2011

Kelantan Cuti Peristiwa Esok Sempena Piala FA

Wah2 bestnya rakyat Kelate dpt cuti peristiwa esok sempena perlawanan akhir Piala FA mlm ni antara Kelantan vs Terengganu. Tentunya cuti free cmtu dpt semarakkan lg sokongan peminat Kelate sekaligus naikkan semangat para pemain Kelate utk bermain sebaik mungkin dan bergelar Juara Piala FA 2011. Insya Allah.

(Gambar) Ikan Air Tawar Gergasi Lbh 118kg Ditangkap

Seorang penduduk Wales, David Kent menggunakan jagung manis sebagai umpan untuk menangkap seekor ikan air tawar gergasi dengan berat lebih lebih 118 kilogram (kg) di sebuah tasik di Krabi, Thailand, lapor sebuah akhbar kelmarin.

(Gambar) Kemalangan Ngeri 4 Maut Proton Saga Terbabas Di Km 73 Jln Kuala Kangsar Gerik Perak

Ngeri tgk gambar ni, besi penghadang jalan tembus masuk dlm kereta.


 - Empat sekeluarga terbunuh, seorang parah apabila kereta Proton Saga dinaiki mereka terbabas lalu merempuh penghadang jalan di Km 73, Jalan Kuala Kangsar-Gerik. hmetro

-- (Gambar) 3 Maut Honda Civic Melambung Atas Van Vannette Di Lebuhraya Persekutuan Dkt Jln Syed Putra
-- (Gambar) Kemalangan Wish Dan Alza Di Km 53 Lebuh Raya Gerik Jeli, 4 Maut 2 Cedera
-- Kris Dayanti Mengaku Hamil 4 Bulan, Nikah Baru 4 Minggu!!!! 20 Mac 2011
-- (Gambar) Wanita Berbogel Jd Hos Program Masakan TV, Tarik Lelaki Minat Memasak!!!!

Pekida Mahu Saman Farid Kamil Dan Syamsul Yusof Berkaitan Filem Kongsi Dan KL Gangster

Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) berhasrat menyaman penerbit dan pengarah filem Kongsi dan KL Gangster kerana mendedahkan beberapa perkara sulit yang digunakan dalam pertubuhan tersebut melalui filem mereka.

Thursday, June 9, 2011

Rozita Che Wan Masuk Hospital Krn Hepatitis

Pelakon Rozita Che Wan, 38, dimasukkan ke Pusat Perubatan Sime Darby Subang Jaya kerana dipercayai menghidap hepatitis.

Bayi Rabecca Meninggal Dlm Kandungan

Pelakon jelita, Rabecca Nur Al-Islam, 25, menganggap keguguran kandungannya yang baru mencecah usia dua bulan sebagai tiada rezeki. Dia yang pada mulanya mengalami pendarahan dan sakit perut dikejarkan ke Pusat Perubatan Gleneagles, Kuala Lumpur pada malam Ahad lalu.

Wednesday, June 8, 2011

(Gambar) Budak 5 Thn Patah Tulang Selangka Dirempuh Kuda Di Pantai Batu Feringghi

Kegembiraan empat sekeluarga menikmati percutian di pantai Batu Feringghi dekat sini menjadi mimpi ngeri apabila seorang kanak-kanak cedera parah dirempuh seekor kuda yang ditunggangi lelaki tempatan semalam. Ketika kejadian pada pukul 10.45 pagi itu, mangsa Arina Kirana Azrin, 5, sedang bermain pasir di pantai bersama kakaknya, Athirah Balqis, 12, di hadapan Hotel Parkroyal yang didiami keluarga mereka di sini.

Perhatian! Sungai Taman Botani P Pinang Dicemari Kencing Tikus a.k.a Virus Leptospirosis

Musim cuti sekolah cmni ramai yg bw keluarga jln2 kan. Mana pn tempat uols pi, hati2 dgn keselamatan dan kesihatan diri ok.

George Town - Air sungai di Taman Botani Pulau Pinang di sini dikesan dicemari virus leptospirosis atau kencing tikus, menurut Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan, Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut, Alexander Selvam.

Gara2 Nak Saiz 34B, Payudara Kerani Jd Hitam, Gatal Dan Bernanah

Cinta punya pasal. Gara2 BFnya sering mengadu malu ada awek berbadan berisi tp payudara kecil. Moral of the story, Lu pikir la sndri. huhu..

- Tindakan seorang kerani yang membuat pembedahan plastik untuk membesarkan payudara semata-mata kerana hendak menggembirakan teman lelakinya mengundang padah apabila dia bukan sahaja terpaksa menanggung derita, malah turut dikecewakan lelaki tersebut.

(Gambar) Ryan Giggs Tiduri Isteri Adik Sendiri

Adik bintang kelab bola sepak Manchester United, Ryan Giggs berpisah dengan isterinya, Natasha yang telah dikahwininya selama lapan tahun, lapor sebuah akhbar semalam. Perpisahan itu berlaku selepas timbul laporan bahawa Natasha mempunyai hubungan sulit dengan abangnya itu.

Akhbar News of the World kelmarin melaporkan Giggs meniduri Natasha yang merupakan isteri adiknya, Rhodri semasa hubungan sulit berlangsung selama lapan tahun.

Tuesday, June 7, 2011

(Gambar) Lisa Surihani Dan Yusry Di Majlis Ulang Tahun KRU Studios

Pasangan Yusry Abdul Halim,38, dan Lisa Surihani, 25, enggan menjadikan hubungan mereka seumpama cinta monyet sebaliknya mahu hubungan yang lebih matang. Yusry berkata, dia tidak mahu istilah cinta diberikan kepada mereka sepertimana hubungan pasangan kekasih lain kerana istilah itu seolah-olah memperlihatkan satu hubungan yang tidak serius.


"Ya, kami sedang menjalankan perhubungan yang lebih matang. Dengan usia yang sudah lanjut, saya tak mahu orang menggelar kami “pasangan yang hangat bercinta” kerana ia nampak macam budak-budak sedang berkasih pula. "Sebab itu saya katakan hubungan kami lebih daripada seorang kawan dan sedang mengenali hati budi masing-masing di peringkat pertama," kata Yusry selepas sambutan majlis ulang tahun KRU Studios yang ke-19, di studio KRU, Isnin.

Jurulatih Bola N.Sembilan Didakwa Rasuah, Atur Keputusan Perlawanan

Seremban - Bekas ketua jurulatih skuad Piala Presiden Negeri Sembilan didakwa di Mahkamah Seksyen di sini atas 21 tuduhan memberi rasuah dengan jumlah keseluruhannya RM24,900 kepada para pemain skuad berkenaan untuk mengatur keputusan satu perlawanan pada April lalu.

(Gambar) Shahir AF8 Retak Tulang Tangan, Jatuh Bilik Air

Penyanyi Ahmad Shahir Zawawi, 24, atau lebih dikenali sebagai Shahir (AF8) mengalami retak tulang tangan sebelah kiri selepas terjatuh di bilik air di kampungnya di Kampar, Perak. Menurut Pengurus Artis, Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB), Suriani Ahmad kejadian pada pagi Sabtu lalu itu berlaku ketika Shahir sedang mandi.

Monday, June 6, 2011

Kelantan vs Terengganu: Liga Super 6 Jun 2011

Kelantan belasah Terengganu 3-0. Keputusan yg sgt baik menjelang pertemuan Final FA di antara kedua pasukan 11 Jun 2011 ini. Spt biasa Norshahrul Idlan Talaha beraksi superb dgn dua gol dan 1 gol jaringan Mohd Izuan. Penjaga kedua Kelantan Shahrizan juga beraksi cemerlang mlm ini dgn byk menyelamatkan percubaan pemain Terengganu. Tahniah The Red Warriors. Jom tgk video gol kedua Matyo a.k.a Norshahrul Idlan Talaha.


Keputusan penuh perlawanan 6 Jun 2011:
  • Selangor 7-1 Perlis
  • Felda United 1-2 Kedah
  • N.Sembilan 4-0 T-Team
  • Johor 1-1 Perak
-- (Video) Prema Yin: Uols Tgk Sndri Video Ni Unsur Lucah Ke Tak?
-- Gambar Fasha Sandha Di Majlis Harijadi Jejai
-- (Gambar) Shahir AF8 Retak Tulang Tangan, Jatuh Bilik Air
-- Gambar Krisdayanti dan Raul Lemos Bercium Di Sidang Media

    Misteri E.coli Bakteria Suka Wanita

    Penularan wabak E.coli di Jerman dan beberapa negara Eropah sudah meragut sekurang-kurangnya 18 nyawa sehingga Jumaat lalu manakala lebih 1,800 lagi dirawat di hospital selepas mengadu cirit-birit. Dalam kebanyakan kes penularan wabak sebelum ini, mangsa terdiri daripada kanak-kanak kerana sistem imun tubuh mereka belum dapat melawan keracunan makanan tetapi dalam kes E.coli di Jerman, kebanyakan daripada kira-kira 1,200 mangsa adalah wanita.

    AF9: Hazama, Lena, Azri Iringi Fina Ke Final, Erul Tersingkir

    Hazama, Lena dan Azri diumumkan mara ke pentas akhir program Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) pada penghujung konsert separuh akhir yang berlangsung di Studio 1, Astro, di sini, malam Sabtu. Hazama berjaya mendapat undian tertinggi sebanyak 29 peratus dan diikuti oleh Lena dan Azri, masing-masing dengan 25 peratus.

    Sunday, June 5, 2011

    RM400 Tempah Myvi Model Baru Mulai 4 Jun 2011, Pelancaran 16 Jun Di PWTC

    Attention peminat Myvi!!!! Dgn deposit RM400, uols dh boleh tempah Myvi new model mulai sabtu semlm 4 jun 2011. Pelancaran rasmi di PWTC pada 16 Jun ini.

    - Hanya serendah RM400, anda boleh menjadi antara orang pertama di Malaysia memiliki model terbaharu Myvi keluaran Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua). Tempahan boleh dibuat di mana-mana 178 cawangan Perodua di seluruh negara mulai Sabtu ini. Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, deposit hanyalah RM400 manakala harga sebenarnya akan diumumkan pada tarikh pelancaran model kelak.

    Kickdefella akui terima RM350,000 Drp Datuk Husam Musa

    2 Jun: Penulis blog, Syed Azidi Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Kickdefella hari ini mengaku menerima wang sebanyak RM350,000 daripada Exco Kerajaan Pas Kelantan, Datuk Husam Musa. Bagaimanapun jelasnya, wang berkenaan yang diberikan secara tunai dan berperingkat pada 2009 melalui 'orang tengah' bukannya dibayar untuk berkempen bagi pihak Husam merebut jawatan Naib Presiden pada pemilihan Pas kali ini.

    Saturday, June 4, 2011

    Keputusan Hong Kong vs Malaysia Persahabatan 3 Jun 2011

    Penyerang Terengganu, Abdul Hadi Yahaya menyelamatkan reputasi dan rekod baik skuad Harimau Malaya daripada tewas apabila jaringannya membantu mengikat Hong Kong 1-1 dalam perlawanan persahabatan di negara itu, semalam.

    Penyerang 26 tahun dan menduduki tangga kedua carta senarai penjaring terbanyak Liga Super di belakang Norshahrul Idlan Talaha itu, menunjukkan bisanya apabila menyamakan kedudukan selepas enam minit masuk menggantikan Safee Sali pada minit ke-66.

    Messi Terjatuh Ditumbuk Peminat

    Seorang remaja melepaskan tumbukan ke muka Lionel Messi, semalam ketika bintang penyerang Barcelona itu melayan peminat di bandar kelahirannya di Argentina, kata saksi. Bintang penyerang Argentina terbabit terjatuh akibat tumbukan itu dalam insiden di bandar Rosario, kira-kira 300 kilometer ke utara Buenos Aires.

    Friday, June 3, 2011

    Gambar Perkahwinan Ahmad Fedtri TV3 Dan Nur Anati

    Pengacara TV swasta, Ahmad Fedtri Yahya, 30 dan pasangannya Nur Anati Ismail, 26 selamat diijab kabulkan dengan sekali lafaz baru-baru ini. Majlis pernikahan itu berlangsung di Masjid To’ Uban, Pasir Mas, Kelantan. Tak pasti pula admin apa tema perkahwinan Fedtri dan Nur nie namun yang pasti gaun dan pelamin amat cantik sekali. Tahniah lah kepada kedua-duanya, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. - izyan

    (Video) Prema Yin n Shahz Jazle: Uols Tgk Sndri Video Ni Unsur Lucah Ke Tak?

    Uols dh tgk video yg dikatakan 'hot' ni? Tgk sndri full video kt bwh ni, then uols fikirlah ye.

    -Pengarah klip video Marilah, nyanyian Prema Yin iaitu Gambit Saifullah menganggap video klip tersebut tidak berunsur lucah dan keterlaluan seperti mana yang dipersoalkan oleh sesetengah pihak. Malah menurutnya, klip video yang menggandingkan penyanyi itu dengan pelakon Shahz Jazle tidak seharusnya dijadikan kontroversi kerana hanya memaparkan adegan yang dianggap 'biasa'.