Pengacara Imam Muda musim kedua (IM2), Dzulkarnain Hamzah atau ustaz Dzul terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Sepang, Selangor ketika dalam perjalanan untuk mengadakan ceramah di Port Dickson, Negeri Sembilan, Sabtu lalu. Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2.30 petang itu, ustaz Dzul mengalami kecederaan pada bahagian muka dan lutut kiri apabila kereta BMW 5 Siri yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori kelapa sawit.
Showing posts with label astro oasis. Show all posts
Showing posts with label astro oasis. Show all posts
Wednesday, June 22, 2011
Pengacara Imam Muda Cedera, BMW Langgar Lori
Pengacara Imam Muda musim kedua (IM2), Dzulkarnain Hamzah atau ustaz Dzul terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Sepang, Selangor ketika dalam perjalanan untuk mengadakan ceramah di Port Dickson, Negeri Sembilan, Sabtu lalu. Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2.30 petang itu, ustaz Dzul mengalami kecederaan pada bahagian muka dan lutut kiri apabila kereta BMW 5 Siri yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori kelapa sawit.Saturday, July 31, 2010
Friday, July 30, 2010
Imam Muda : Penentuan Malam Ni Antara Asyraf dan Hizbur
PROGRAM realiti pertama di dunia yang mencari imam di kalangan generasi muda, Imam Muda bakal melabuhkan tirainya malam ini. Dalam senarai panjang yang mencari ruang untuk ditabal sebagai Imam Muda, sudah tertulis rezeki Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan dan Hizbur Rahman Omar Zuhdi untuk berentap memenangi hati rakyat Malaysia dan juga juri setelah hampir tiga bulan mengharungi pelbagai cabaran yang bukan kecil.Apa yang pastinya, ketika ini tentu ramai yang sudah mula berteka-teki siapa yang bakal dinobatkan sebagai juara sulung Imam Muda dan sekali gus menerima biasiswa menjangkau RM100,000. Biasiswa itu bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang Sarjana Muda atau doktor falsafah di salah sebuah universiti di Madinah. Siapa pun pemenangnya, kelayakan memang sudah ada pada mereka.
Malah pengetuanya, Datuk Hassan Mahmood pernah memberitahu, 10 peserta yang terpilih menyertai Imam Muda sejak mula bersiaran berkelayakan bergelar imam. Hanya yang tinggal ialah mengasah lagi pengetahuan serta kemampuan mereka dalam pelbagai aspek agama dan kehidupan. Program yang bersiaran di Astro Oasis (saluran 106, Astro) pada setiap hari Jumaat pukul 9 malam itu diterbitkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
Jika ditanya tentang persediaan melangkah ke gelanggang akhir itu, baik Ashraf mahupun Hizbur masing-masing mengakui, sudah bersedia dari segi mental dan fizikal. Hanya 40 peratus markah sahaja lagi yang perlu dicari oleh mereka, diuji dengan pelbagai soalan yang menguji minda daripada juri jemputan pada malam kemuncak itu nanti. Sebanyak 30 peratus markah diberikan kepada ujian teori dan selebihnya, 30 peratus lagi diberikan kepada ujian praktikal. Sungguhpun mencari 40 peratus markah sahaja lagi namun, apa yang membimbangkan kedua-dua Imam Muda ialah kali ini ialah berdepan dengan jumlah penonton yang ramai.
Persoalan yang timbul, bersediakah Ashraf dan Hizbur berhadapan dengan masyarakat, menghadapi tugas dan realiti kehidupan sebagai seorang imam? Apa lagi dalam menangkis suara-suara nakal yang mempersoalkan tentang kriteria serta kelayakan peserta Imam Muda yang diangkat sebagai seorang imam unggul hanya dalam masa beberapa bulan. Sebagai seorang yang berpengalaman menjadi imam, tentu sahaja itu bukan masalah besar bagi Ashraf. Tetapi bagi Hizbur yang tiada pengalaman sebagai imam sebelum ini yakin pendedahan yang diperoleh dalam Imam Muda akan menjadi bekalan buatnya.
Dia menegaskan, penyertaannya dalam Imam Muda bukan untuk mengejar populariti seperti yang didakwa sesetengah pihak. "Apa yang kami peroleh dalam Imam Muda biarpun bukan realiti cabaran sebenar yang dipikul oleh seorang imam namun, ia banyak membantu," kata Hizbur. Memetik kata-kata Ashraf ketika mula-mula menjejakkan kaki ke gelanggang Imam Muda: "Rasullullah juga merupakan seorang yang popular. Namun, apakah rasul mencari populariti dengan hanya menyebarkan ajaran Islam? "Tentu tidak. Populariti itu datang dengan sendiri sehingga baginda dikenali hingga kini oleh seluruh masyarakat dunia," katanya.
Mengangkat status imam dan memberi pendedahan kepada kerjaya imam di kalangan masyarakat bagi Ashraf bukan bermakna seseorang itu perlu dianggap sebagai ikon. Sebaliknya, Ashraf berkata, Nabi Muhammad merupakan individu yang selayaknya dijadikan ikon kepada masyarakat. "Imam Muda adalah untuk mengangkat status imam serta memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kerjaya imam," ujar Hizbur. Apa pula bentuk cabaran yang bakal dilalui oleh mereka pada gelanggang akhir Imam Muda, pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan rancangan yang bakal bersiaran langsung menerusi saluran Oasis (saluran 106, Astro) malam ini. - utusan
Tuesday, July 27, 2010
Imam Muda : Hizbur, Asyraf Berpeluang Lanjut Pelajaran Di Universiti Madinah
Dua finalis program realiti Imam Muda bakal menerima biasiswa untuk melanjutkan pengajian pada peringkat Sarjana di Universiti Antarabangsa Al-Madinah (Mediu). Mereka ialah Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26, dan Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27. Muhammad Asyraf berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Malaya manakala Hizbur Rahman berkelulusan Syariah Islamiah dari Universiti Al-Azhar, Mesir.
Dua Imam Muda (berbaju biru: Hizbur Rahman Omar Zuhdi (kiri) dan Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan) bersama kanak-kanak Rumah Nursalam, di Chow Kit, Kuala Lumpur.
Perkara tersebut dinyatakan oleh Ketua Pengarah Yayasan Antarabangsa Al-Madinah, Bahrudin A Rahman di sini hari ini sempena kunjungan kedua-dua Imam Muda berkenaan ke kampus Mediau di sini hari ini. "Yayasan akan menanggung semua kos pengajian kedua-dua finalis ini dan akan memberi sepenuh kebebasan untuk mereka memilih bidang pengajian yang ditawarkan di Mediu."Apa yang penting ialah mereka dapat menyambung pengajian mereka. Berapa pun kos yang perlu dibayar, kami akan tanggung," katanya. Di Malaysia, Mediu mempunyai cawangan di Shah Alam selaku ibu pejabatnya dan satu lagi cawangan di Kota Baharu, Kelantan.
Selain itu, ia mempunyai cawangan antarabangsa di Indonesia, Singapura, Thailand, Kuwait, Arab Saudi, United Kingdom dan yang terbaru di Maghribi. Penerbit Astro Raja Idham Raja Mohamad berkata tawaran pengajian itu merupakan antara hadiah utama bagi peserta Imam Muda musim ini. Beliau berkata walaupun kedua-dua peserta itu bakal terikat dengan kontrak bersama Astro selepas tamat program tersebut, namun pihaknya akan memperuntukkan masa kepada kedua-duanya bagi melanjutkan pengajian.
Astro memperkenalkan program Imam Muda menerusi Saluran 106 Astro Oasis. Bagi Muhammad Asyraf dan Hizbur Rahman, kedua-duanya marasa bersyukur dengan peluang yang diberikan itu kerana memang menjadi hasrat mereka untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. "Melanjutkan pengajian memerlukan kos yang tinggi, jadi apabila Mediu tawarkan kepada kami ia adalah sesuatu yang sangat bermakna," kata Muhammad Asyraf. - BERNAMA
Subscribe to:
Posts (Atom)
