Adik bintang kelab bola sepak Manchester United, Ryan Giggs berpisah dengan isterinya, Natasha yang telah dikahwininya selama lapan tahun, lapor sebuah akhbar semalam. Perpisahan itu berlaku selepas timbul laporan bahawa Natasha mempunyai hubungan sulit dengan abangnya itu.Akhbar News of the World kelmarin melaporkan Giggs meniduri Natasha yang merupakan isteri adiknya, Rhodri semasa hubungan sulit berlangsung selama lapan tahun.