ad ld

Pages

Showing posts with label punca ciri ciri e coli. Show all posts
Showing posts with label punca ciri ciri e coli. Show all posts

Monday, June 6, 2011

Misteri E.coli Bakteria Suka Wanita

Penularan wabak E.coli di Jerman dan beberapa negara Eropah sudah meragut sekurang-kurangnya 18 nyawa sehingga Jumaat lalu manakala lebih 1,800 lagi dirawat di hospital selepas mengadu cirit-birit. Dalam kebanyakan kes penularan wabak sebelum ini, mangsa terdiri daripada kanak-kanak kerana sistem imun tubuh mereka belum dapat melawan keracunan makanan tetapi dalam kes E.coli di Jerman, kebanyakan daripada kira-kira 1,200 mangsa adalah wanita.