ad ld

Pages

Showing posts with label khairul fahmi. Show all posts
Showing posts with label khairul fahmi. Show all posts

Sunday, June 12, 2011

Kelantan vs Terengganu Perlawanan Akhir Piala FA 11 Jun 2011

Terengganu muncul juara Piala FA 2011 dgn menang 2-1 Kelantan dlm perlawanan akhir di Bukit Jalil. Jaringan cantik Nurul Azwan Roya seakan akan bakal menjulang Kelantan tp terbantut dgn gol sendiri Daudsu pd minit akhir perlawanan.

Masa tambahan diberikan dan Terengganu menambah gol pd separuh masa kedua. Persembahan kedua dua pasukan sgt menarik w/pun agak byk aksi keras dgn lbh 5 kad kuning dilayangkan sepanjang perlawanan. Tahniah Terengganu.

-- Kelantan Cuti Peristiwa Esok Sempena Piala FA
-- Gambar Kapal Layar Dibina Dgn 12 Ribu Botol Plastik
-- Video Gol Shafiq Rahim Malaysia Vs Hong Kong Perlawanan Persahabatan 9.2.11
-- (Gambar) Erra Fazira Dpt Hadiah LV Sempena Anniversary 

Sunday, March 27, 2011

Keputusan Perlawanan Malaysia vs Etoile FC Di Singapura 26.3.11

Singapura - Skuad bola sepak kebangsaan berjaya mengikat kelab dari Perancis yang merupakan juara Liga Singapura musim lalu, Etoile FC 1-1 pada aksi persahabatan di Stadium Jalan Besar di sini malam tadi. Skuad Harimau Malaya mendahului seawal minit keenam menerusi tandukan cantik Ahmad Fakri Saarani hasil lambungan Asraruddin Putra Omar dari sebelah kiri untuk mengejutkan penjaga gol Etoile, Antonin Trilles.

Etoile turut memiliki dua peluang terbaik pada babak pertama tetapi kedua-dua tandukan penyerangnya, Jonathan Toto pada minit ke-18 dan 39 sekadar menggegar palang gol Malaysia yang dikawal Khairul Fahmi Che Mat. Bermula babak kedua, Rajagobal membuat empat pertukaran dengan memasukkan Sharbinee Allawee Ramli, Fadhli Shas, Azidan Sarudin dan Ashari Samsudin menggantikan Khairul Fahmi, Muslim Ahmad, Amar Rohidan dan S. Kunanlan.

Namun Etoile pula yang berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-61 hasil rembatan kencang pemain tengah, Hicham Bouchemlal dari luar kotak penalti setelah memperdaya kapten Malaysia, Safiq Rahim. Malaysia selepas itu memperoleh beberapa peluang terbaik untuk menambah jaringan tetapi percubaan Ashari (minit 72 dan 81) dan Norshahrul Idlan Talaha (88) berjaya diselamatkan Trilles tatkala Sharbinee di gawang Malaysia turut cemerlang menafikan beberapa percubaan berbahaya Etoile.

Menurut jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal, dia mengambil risiko dengan membuat 10 pertukaran pemain sepanjang babak kedua bagi memberi peluang kepada ramai pemain mendapat pengalaman beraksi. “Secara keseluruhan, saya puji komitmen tinggi para pemain yang bertahan dengan baik pada 10 minit terakhir dan kita turut hampir mendapat gol menerusi serangan balas,” kata Rajagobal ketika ditemui Kosmo! Ahad selepas perlawanan.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Safee Sali yang tidak dipanggil Rajagobal kali ini berjaya meledak dua gol untuk kelabnya, Pelita Jaya menewaskan Bontang FC 2-1 pada aksi Liga Super Indonesia di tempat lawan petang semalam. kosmo

-- (Gambar) Mayat Wanita Separuh Bogel Dibunuh Ditemui Di Jln Lencongan Timur Dkt Smp Sg Pasir Sg Petani Kedah
-- Gambar Annahita Bakavoli dan Datuk Saiful Baha
-- (Gambar) Gadis Bunuh Diri Terjun Tingkat 3 KB Mall
-- (Gambar) Kes Bunuh Fazlina Ahmad: Tertuduh Bt Seks Dgn Kekasih Dpn Almari Berisi Mayat Isteri

Saturday, February 26, 2011

Liga Super : Kelantan 1-1 Kedah Di Stadium Darul Aman

Kedah gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri apabila sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dengan peneraju Liga Super, Kelantan di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam tadi. Keputusan itu ternyata melegakan Kelantan yang masih mengekalkan rekod tanpa kalah setelah mengharungi lima perlawanan.

Sebaliknya, Kedah yang terus buntu menambah koleksi kemenangan di gelanggang keramat mereka harus mencari ramuan mujarab untuk mencari kejayaan selepas ini. Permainan menarik ditunjukkan kedua-dua pasukan dengan Kedah mahu meraih tiga mata penuh manakala Kelantan pula ingin mengekalkan reputasi sebagai peneraju liga.

Bagaimanapun, Kedah terlebih dahulu menghasilkan gol menerusi Azlan Ismail pada minit ke-57 sebelum dibalas Kelantan menerusi Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-79. Sebelum itu, pasukan pelawat mencemaskan penyokong tuan rumah apabila sepakan S. Chanturu dari luar kotak penalti terkena palang ketika penjaga gol Kedah, Abdul Hadi Hamid sudah tertewas.

Kelantan yang menguasai babak pertama terus memberi tekanan kepada skuad Kenari dan hampir memperoleh gol pembukaan, namun sepakan Chanturu sekadar melintasi gawang tuan rumah pada minit ke-35. Kedah  yang mahu mencari gol awal terus menggandakan usaha, namun sepakan Baddrol Bakhtiar ke sebe- lah kiri gawang pelawat pada minit ke-37 dihampakan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat.

Memasuki babak kedua, Kedah hampir menceriakan kira-kira 8,000 penyokong mereka apabila Azlan berjaya meloloskan diri daripada tiga pertahanan lawan, namun sepakan lemahnya sekadar singgah ke dakapan Khairul Fahmi pada minit ke-53. Usaha pemain tuan rumah yang terus menggandakan asakan akhirnya membuahkan hasil menerusi jaringan Azlan yang menerima hantaran dari- pada Baddrol.

Barisan benteng Kelantan terperangkap dengan kelicikan Azlan yang berjaya meloloskan diri di antara empat pertahanan lawan sebelum bola sepakannya menerjah gawang. Keceriaan penyokong tuan rumah tidak berpanjangan apabila Norshahrul menyumbat masuk gol penyamaan pada minit ke 79. kosmo