ad ld

Pages

Thursday, May 5, 2011

Karimah Mati Ditikam Tunang Di Bukit Mertajam P Pinang

Semlm kes tikam gadis 23 thn graduan UKM di Alor Setar Kedah, ni gadis 25 thn plak ditikam tunangnya di Bukit Mertajam P Pinang. Tunangnya tu dikatakan blk rumah slps tu dan meminum racun. Clueless, tak tau nk cakap apa bila berlaku perkara yg libatkan perasaan cmtu. Cuma simpati pd gadis tu, apa silapnya smp perlu ditikam smp mati. Begitu murah nyawa manusia diperlakukan begitu kejam. Takziah utk keluarga arwah. Al-Fatihah.

- Seorang wanita ditemui mati dipercayai ditikam oleh tunangnya di sebuah stesen minyak tempat wanita itu bekerja di Jalan Perusahaan Bukit Tengah di sini semalam. Mayat Karimah Jusuh, 25, ditemui oleh rakan sekerjanya dalam bilik persalinan di stesen minyak itu pada pukul 8 pagi.

"Mangsa ditikam di beberapa bahagian di perut, leher, dada dan tangan. Kami percaya kejadian itu bermotifkan cemburu," kata Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar di sini semalam. Beliau berkata, selepas kejadian itu, tunang wanita berkenaan yang bekerja di sebuah kilang di Perai dikatakan pulang ke rumahnya di Mengkuang Mak Sulong dan meminum racun. Mengikut maklumat yang diterima, lelaki itu kini dirawat di Hospital Seberang Jaya. kosmo

-- Ratna Graduan UKM Mati Ditikam Di Bilik Sewa Di Tmn Mahkota Jln Stadium A Setar
-- (Gambar) Peragut Mati Tertonggeng Dlm Longkang
-- (Gambar) Kes Bunuh Fazlina Ahmad: Tertuduh Bt Seks Dgn Kekasih Dpn Almari Berisi Mayat Isteri
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!

(Gambar) Kereta Rempuh Rumah Di Jln Magazine George Town P Pinang

Sepasang suami isteri warga emas nyaris maut selepas kediaman mereka di Jalan Magazine George Town dirempuh sebuah kereta awal pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, pasangan berusia 70-an yang sedang menonton televisyen di ruang tamu itu dikejutkan dengan satu rempuhan yang kuat dari bahagian hadapan rumah mereka.

"Tiba-tiba sahaja sebuah kereta berada dalam rumah tidak jauh dari tempat kami menonton televisyen. "Mujur kami sempat melarikan diri sebaik mendengar rempuhan itu dan tiada kemalangan mahupun cedera ringan yang berlaku ke atas saya dan juga suami," kata wanita yang enggan dikenali itu di rumahnya di sini semalam. Akibat rempuhan yang kuat katanya, bahagian bawah tingkap rumah berusia kira-kira 150 tahun yang berhias dengan jubin bercorak klasik itu rosak teruk manakala dinding rumah retak.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut (IPDTL), Asisten Komisioner Gan Kong Meng, berkata, kejadian rempuhan itu melibatkan sebuah teksi dan kereta Perodua Myvi termasuk sebuah kereta Proton Saga yang diletakkan di hadapan rumah terbabit. - kosmo

-- Ratna Graduan UKM Mati Ditikam Di Bilik Sewa Di Tmn Mahkota Jln Stadium A Setar
-- (Gambar) Siti Nordiana, Rosmunira Hapus Dendam Slps Kematian Faizal
-- (Gambar) Ainul Aishah Kemalangan Langgar BMW, Pelakon Begitukah Cinta