ad ld

Pages

Monday, April 8, 2013

Shaheizy Sam Bintang Paling Popular ABPBH 2012 (Gambar)

Pelakon Shaheizy Sam dipilih sebagai Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) apabila mengungguli hadiah tertinggi pada majlis tersebut dengan undian sebanyak 79,656 undi. Shaheizy turut menerima trofi Pelakon Lelaki Filem Popular pada acara yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil pada malam Ahad.


Ia adalah kemenangan kedua buat pelakon itu selepas memenangi anugerah sama pada 2010. Kemenangan itu membolehkan Shahiezy membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta sumbangan Tan Chong Motor Sdn Bhd dan barangan kemas sumbangan Habib Jewels bernilai RM150,000.

Saturday, March 30, 2013

Ayu Raudhah Bersalin Anak Lelaki (Gambar)

Ayu Raudhah selamat bersalin anak lelaki jam 2.17ptg Jumaat di Hospital Columbia Johor Bahru. Bayinya dilahirkan seberat 2.79kg dan kedua dua ibu dan anak selamat sebagaimana dimaklumkan suami Ayu Raudhah iaitu Zaquan Adha.


Tahniah buat Ayu Raudhah dan Zaquan Adha. Semoga kehadiran ahli baru keluarga mereka makin ceria hendaknya.

-- Irma Hasmie Bersalin Anak Lelaki 3.93kg (Gambar)
-- Uqasha Senrose Dan Pekin Bercuti Di Phuket (Gambar)
-- Ning Baizura Bersalin Anak Lelaki Ryan Sky Dalton