ad ld

Pages

Sunday, April 26, 2015

Pernikahan Sam Bunkface Dan Aida Azira Di Dewan Sapura Mines Resort City (Gambar)

Vokalis kumpulan Bunkface iaitu Sam selamat bergelar suami kepada seorang penerbit program televisyen TV3 iaitu Aida Azira Husin, 28, dengan sekali lafaz kira-kira pukul 9.24 pagi, Sabtu.


Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Mohd Baharom, 27, dan Aida Azira dinikahkan oleh jurunikah Masjid Al-Islah Serdang Jaya, Mohd Ramizi.

Pada majlis yang diadakan di Dewan Sapura, Jalan tasek, Mines Resort City, Seri Kembangan, Sam menyerahkan mas kahwin berjumlah RM1,000 manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Pengantin lelaki turut menyerahkan empat dulang barangan hantaran iaitu Al Quran, mas kahwin, cincin, sejadah dan set telekung. Sebagai balasan, pihak pengantin perempuan membalas tiga dulang iaitu Al Quran, Cincin, dan sejadah.

--  Istiadat Bersanding Putera Sultan Brunei Di Istana Nurul Iman (Gambar)
--  Makanan Paling Menggemukkan Di Malaysia Melalui Kalori Jom Tengok
--  Alvin Tan Hina Islam Rakam Video Muslim Call To Prayer Azan R&B Cover (Gambar)
--  Amar Baharin Cedera Ditumbuk Ketika Penggambaran (Gambar)
--  Bapa Adam Adli Meninggal Dunia Kemalangan (Gambar)

Friday, April 24, 2015

Bapa Adam Adli Meninggal Dunia Kemalangan (Gambar)

Bapa aktivis Adam Adli,  Abdul Halim Abdul Hamid, 55, meninggal dunia awal pagi tadi selepas terbabit dalam satu kemalangan jalan raya.


Perkara tersebut dimaklumkan Adam dalam laman mikro Twitternya awal pagi tadi. "Ayah sudah menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi. Al-fatihah," tulisnya.

Jenazah Allahyarham Abdul Halim akan dikebumikan di Kepala Batas, Pulau Pinang selepas solat Jumaat.

--  Istiadat Bersanding Putera Sultan Brunei Di Istana Nurul Iman (Gambar)
--  Makanan Paling Menggemukkan Di Malaysia Melalui Kalori Jom Tengok
--  Johan Cium Mulut Ozlynn Di ABPBH 2014 Dikritik Peminat (Gambar)
--  Alvin Tan Hina Islam Rakam Video Muslim Call To Prayer Azan R&B Cover (Gambar)