Bekas isteri Sultan Brunei, Azrinaz Mazhar Hakim, dilaporkan  berjaya mendapat injunksi mahkamah untuk menghentikan pengedaran buku  paling laris mengenai pembunuhan seorang pemaju Sydney, Michael McGurk  yang juga pemeras ugut dan penipu. 
Azrinaz yang tinggal di London menggunakan prosiding perundangan  terhadap buku tulisan Ritchie Vereker, The Fast Life and Sudden Death of  Michael McGurk, yang dijual sejak enam minggu lalu. Buku itu antara lain menceritakan mengenai senaskhah al-Quran mini yang  cuba dijual McGurk kepada Sultan Brunei pada harga AS$8 juta (RM25.6  juta) sebagai hadiah perkahwinan kepada isteri ketiganya.
Buku terbabit menceritakan urusan McGurk dengan kerabat diraja itu  mengenai al-Quran bersaiz kotak mancis dan juga pertemuan rahsia dengan  pegawai Brunei di Singapura. Apabila urusan terbabit gagal, lelaki berkenaan mengheret Sultan  ke mahkamah kerana melanggar kontrak tetapi mahkamah Sydney  memerintahkan perjanjian itu di luar bidang kuasa mereka. Peguam Azrinaz di Sydney mendakwa, buku terbabit menghina  mahkamah kerana mengandungi maklumat yang sebelum ini dilarang  diterbitkan oleh seorang hakim Mahkamah Persekutuan pada 2005, lapor  Sydney Morning Herald, semalam. 
Azrinaz, bekas seorang pembaca berita TV3 menjadi isteri ketiga  Sultan Brunei pada Ogos 2005 tetapi mereka bercerai pada Jun tahun ini  selepas pasangan itu dikurniakan dua anak, seorang lelaki pada 2006 dan  seorang perempuan pada 2008.     Selepas McGurk, 45, ditembak mati di hadapan rumahnya di  Cremorne, utara pantai Sydney pada September, satu teori mengatakan,  kegagalan urusan jual beli al-Quran itu mungkin menjadi motif kepada  pembunuhan beliau.  
Tetapi, Vereker, bekas penjual daging Wollongong dan penulis buku  memberitahu akhbar bahawa beliau tidak mempunyai hubungan dengan Brunei. Michael mempunyai ramai musuh, peluru itu mungkin dilepaskan oleh sesiapa saja, katanya. Vereker makan tengah hari bersama McGurk beberapa jam sebelum  pemaju itu ditembak mati di hadapan anak lelakinya berusia 10 tahun. Beliau tidak dapat membincangkan mengenai perintah mahkamah itu  sebelum mendapatkan nasihat guaman daripada penerbitnya, kata Vereker.  
Richard Walsh, penerbit bersama Allen & Unwin berkata bahawa  syarikat itu akan melantik peguam untuk mencabar perintah mahkamah  berkenaan. - bharian
-- (Gambar) Micha Raines Bekas Tunang Putera Jefri Bolkiah Beri Keterangan Di Mahkamah
-- Nadia Shahrul Annuar, Bekas Pengacara TV3 Bercerai 
-- Gambar Fasha Sandha Di Langkawi  

No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!