Ending Tentang Dhia sgt sedih, Zakir dan Dhia mati bersama di hospital. Mulanya Dhia rahsiakan penyakit kanser dialaminya yg dh tahap 3.Nenek Zikir beri pilihan pd Dhia nak bermadu or diceraikan. Dhia setuju Zikir kahwin dgn Rose.
Kira-kira 5.3 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memperoleh gaji bulanan kurang daripada RM5,000 akan mendapat kadar caruman majikan lebih tinggi berkuat kuasa Januari ini.
Tukang masak selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan enggan bersemuka dengan Adlin Aman Ramli ekoran rasa kurang senang pelakon itu terhadapnya selepas dikritik hebat sepanjang program Maharaja Lawak Mega (MLM) berlangsung.
Sangkaan seorang pelajar bahawa bau busuk berpunca dari tandas rosak meleset apabila bau itu rupa-rupanya bau mayat seorang pelajar lelaki yang ditemui tergantung dari dalam sebuah asrama di Universiti Selangor (Unisel).
Filem adaptasi novel popular Ombak Rindu kini berjaya mencecah RM10 juta setelah 17 hari ditayangkan. Kutipan tersebut dikira bermula pada tarikh tayangannya iaitu pada 1 Disember lalu.
Kemarahan 1,200 pengguna kereta api yang terkandas dari Tapah Road ke Tanjung Malim ekoran panggilan bom palsu sedikit reda apabila seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret semalam.
Kementerian Kesihatan mengesahkan penduduk dan haiwan di Pulau Tioman, Pahang bebas daripada jangkitan sejenis penyakit zoonotik yang disebabkan jangkitan parasit protozoa Sarcocystis.
Dengan sekali lafaz, pelakon Ana Dahlia, 28 sah bergelar isteri kepada chef selebriti, Mohd. Nadzri Redzuawan atau Riz, 29 , di rumah pengantin perempuan di Taiping, Perak.
Penyanyi lagu Duhai Malam, Intan Sarafina, 29, selamat melahirkan bayi lelaki bernama Megat Israfel Raez pada 2 Disember lalu di Pusat Perubatan Sime Darby (SDMC), Subang Jaya. Bayi keduanya itu dilahirkan secara normal seberat 3.38 kilogram.
Penyanyi ND Lala yang popular dengan lagu PM Kita kerugian RM2,500 apabila telefon bimbit dan kunci kereta miliknya dirampas sekumpulan lelaki di sebuah stesen minyak di Jalan Genting Klang semalam.
Kira-kira 1.4 juta penjawat awam diberi tempoh selama 15 hari mulai 16 hingga 30 Disember ini untuk memilih kekal dalam sistem saraan lama atau menerima sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang menawarkan kenaikan gaji lebih baik.
Tiada angin tiada ribut tiba-tiba Johan Raja Lawak, 27, dikejutkan dengan berita Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Ogy ingin menyamannya kerana terguris dengan kata-kata yang berbaur penghinaan yang dilemparkan Johan ke atas dirinya dan kedua-dua ibu bapanya pada malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) pada 20 November lalu.
Norshahrul Idlan Talaha sekali lagi dinobatkan Pemain Paling Bernilai (MVP) Supermokh Liga Malaysia bagi musim 2011.
Isteri pelakon Que haidar, Linda Jasmine, 39, disahkan oleh doktor bakal menimang bayi perempuan pada Mei 2012. Linda yang sedang hamil empat bulan itu begitu teruja apabila mendengar berita tersebut memandangkan dia memang inginkan anak perempuan selepas kelahiran bayi kedua, Tengku Ratu Haidar, 2.
Pelumba, Marco Simoncelli dari pasukan San Carlo Honda Gresini meninggal dunia selepas berlaku kemalangan pada pusingan pertama Perlumbaan Motosikal Grand Prix (MotoGP) Shell Advance Malaysia 2011di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Ahad.
Tidak sampai 48 jam kehilangannya dihebahkan media, seorang pelajar perempuan, Nurul Nursyawaltie Mohd. Sabri, 14, akhirnya ditemui bersama seorang rakan perempuannya di Teluk Kumbar, Pulau Pinang malam tadi.
Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya pada Jumaat bersetuju mengisytihar Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru berkuatkuasa pada 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun.
Kelantan tewas aggregat 3-5 Terengganu. W/pn berjaya mengurangkan beza gol di 2nd half dgn jaringan Azzamuddin dan penalti Piya, peluang Kelantan ke separuh akhir dinafikan dgn bekalan selesa Terengganu yg menang 3-1 di perlawanan suku akhir pertama. Tahniah Terengganu dan kpd Kelantan teruskan usaha dgn lbh mantap di tahun depan.
Himpunan Sejuta Umat yang bakal diadakan di Stadium Shah Alam pada 22 Oktober ini merupakan satu manifestasi bagi membendung ancaman kepada akidah umat Islam di Malaysia.
Filem 3GP belum ditayangkan tetapi Mimi mula resah memikirkan penyebaran beberapa klip video dalam Internet yang menyatakan ia adalah rakaman aksi seksnya.
Penyanyi, Saida sah bercerai talak satu pada Jumaat, selepas menebus talak dengan bayaran sebanyak RM1,000 kepada suaminya, Mohd Ghazali Yahya Zikri di Mahkamah Rendah Syariah.
Asmawi Ani (Mawi) dan pasangannya Nora’Asikin Rahmat atau Ekin mengakui tidak sabar untuk mengetahui jantina anak dalam kandungannya yang kini berusia kira-kira empat bulan.
Dengan sekali lafaz, Penyanyi etnik kreatif, Noraniza Idris, 43, sah bergelar isteri kepada bilal sebuah masjid di Singapura, Jeffri Hudi, 52. Majlis pernikahan mereka diadakan di Sanggar Utama, Padang A, Plaza Angsana, Johor Baru, Johor, kira-kira pukul 2 petang, Khamis.
Tolak ajakan seks teman lelaki, pelajar 19 thn Maahad Tahfiz Al Tijarah di Selayang dibunuh, dibakar. Suka hati je nk bunuh anak org kan. Lately kes bunuh biasa je dlm paper kan, paling gempar 3 kes di Sg Petani minggu ni saje.
Bekas anggota kumpulan Sepah, Mohd Noor Murad atau Mamat telah melakukan kesilapan apabila secara tidak sengaja memuat naik gambar kekasihnya, pelakon Fida Ibrahim yang menampakkan sebahagian rambut ke akaun Facebook miliknya.

