Ketua Pemuda Umno bahagian Bagan Serai, Sharudin Ahmad yang tidak 
sedarkan diri sejak tiga hari lalu disahkan meninggal dunia malam ini. Allahyarham meninggal dunia akibat komplikasi hati, jantung dan buah 
pinggang setelah dijangkiti bakteria di Hospital Taiping jam 8.30 malam.
Sebelum ini arwah dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Taiping kerana mengalami masalah berkenaan. Calon Barisan Nasional(BN) Dun Selinsing pada PRU13 itu meninggalkan 
seorang balu dan tiga anak setelah bertarung nyawa pada awalnya di 
Hospital Columbia Asia sebelum dipindahkan ke Hospital Taiping.
Ketika menjalani rawatan beberapa pemimpin politik sempat melawat 
beliau termasuklah Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan 
Ketua Umno Bahagian Bagan Serai, Datuk Zaili Cha. Pada petang sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhir, Umno 
Bahagian Bagan Serai sempat mengadakan majlis doa selamat bagi memohon 
agar kesihatan Sharudin pulih. Kepimpinan Umno Bahagian Bagan Serai sebelum ini sentiasa memantau keadaan Sharudin dari semasa ke semasa.
Sementara itu, Ahli Parlimen Bagan Serai, Dr Noor Azmi Tarmizi ketika 
ditemui menegaskan pihaknya bersimpati dengan keadaan Sharudin yang 
disifatkannya sebagai pemimpin politik mesra rakyat. Menurutnya, Sharudin juga dianggap komited dalam perjuangan parti dan 
sentiasa memberikan yang terbaik sewaktu dipilih sebagai calon BN pada 
PRU13 lalu.
-- Putus Kepala Kemalangan Ngeri Di MRR2 (Gambar)
-- Nik Suryani TV3 Dan Saiful Bukhari Berkahwin Di Masjid Kristal 25 Mei
-- Bekas MB Kedah Jalani Pembedahan Potong Kaki 

No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!