Pelakon dan pengacara, Dira Abu Zahar tidak sedar dirinya sedang hamil enam minggu dan mengalami keguguran pada awal bulan lalu. Meskipun kecewa dengan kejadian itu, Dira dan suaminya, Mohd Helmi Mohd Yusof tetap redha menerima ujian tersebut.
“Apabila dapat tahu saya gugur, saya rasa kecewa sebab kami berdua
memang berusaha mahukan anak selepas dua tahun mendirikan rumah tangga. “Jika saya masih mengandung, mungkin ia dapat menjadi hadiah buat
suami, namun saya keguguran beberapa hari sebelum ulang tahun kelahiran
dia,” katanya yang dipetik dari sebuah portal.
Berkongsi cerita atas kejadian itu, Dira memberitahu ketika keguguran, dia sedang menjalani penggambaran di Terengganu. “Saya tak sedar saya mengandung memandangkan haid saya datang seperti
biasa. Namun pada hari keempat saya rasa pelik kerana keluar satu
ketulan darah. Saya tidak pergi berjumpa doktor kerana ketika itu saya
berada di Terengganu untuk penggambaran dan saya fikir mahu selesaikan
kerja saya terlebih dahulu.
“Setelah balik ke Kuala Lumpur, saya pergi ke klinik pakar untuk buat pemeriksaan lanjut dan doktor mengesahkan saya keguguran. "Doktor memaklumkan usia kandungan janin saya enam minggu dan
memberitahu faktor keguguran mungkin kerana saya aktif dan sibuk
bekerja,” katanya. Dira mengambil keputusan untuk berehat sebentar selepas tamat penggambaran drama, Aku Bukan Dia. sinarharian
-- Che Ta Dan Zain Bulan Madu Di Rome Itali (Gambar)
-- Lelaki Ditemui Mati Tergantung Selepas Bergaduh Dgn Isteri Baru Enam Bulan Kahwin (Gambar)
-- Liyana Jasmay Mengandung 4 Bulan (Gambar)
-- Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!