Pages

Saturday, December 21, 2013

Nur Fathia Jumpa Keluarga Aiman Hakim (Gambar)

Biarpun enggan menggunakan istilah kekasih ataupun pasangan bercinta, pelakon Aiman Hakim Ridza mengakui telah memperkenalkan Nur Fathia Abdul Latiff menemui keluarganya. Aiman, 24, berkata, pelakon itu merupakan wanita pertama yang diperkenalkan kepada keluarganya.


"Ya, kami sudah bertemu keluarga masing-masing dan dia adalah wanita pertama yang saya bawa bertemu dengan keluarga saya. "Sebelum ada apa-apa ikatan yang sah, hubungan kami tetap dianggap sebagai kawan sahaja dan biarlah mengenai perasaan itu antara kami sahaja yang mengetahuinya," katanya.

Aiman enggan bercerita mengenai status perhubungan mereka bagi menjaga hati banyak pihak terutamanya keluarga. Tambahnya, pengalaman sebelum ini turut memberi pengajaran kepadanya agar lebih berhati-hati dalam menjaga sesebuah hubungan.

Sementara itu, ketika ditanya apabila wanita tersebut dikaitkan dengan lelaki lain, Aiman berkata dia tidak berhak untuk menghalang perkara itu. "Nur Fathia lebih tahu tentang apa yang dia lakukan dan saya tiada hak untuk menghalangnya kerana saya bukan suami dia," katanya. mstar

--  Liyana Jasmay Mengandung 4 Bulan (Gambar)
--  Aril AF Nikah Pramugari Puteri Erma Edlinda Di Wakaf Che Yeh 20 Disember (Gambar)
--  Che Ta Dan Zain Bulan Madu Di Rome Itali (Gambar)
--  Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)

No comments:

Post a Comment

Thanks For Your Sincere!!