Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan TV3 dan empat yang lain
membayar ganti rugi RM250,000 kepada bekas Bintang Akademi Fantasia
Musim ke-2, Nurullah Zawawi dan suaminya dalam kes saman fitnah
berhubung status perkahwinan mereka yang disiarkan dalam program hiburan Melodi dua tahun lepas.
Hakim Datuk Nor Bee Ariffin juga
memerintahkan kelima-lima defendan membayar sejumlah RM70,000 sebagai
kos kepada penyanyi itu yang lebih dikenali dengan gelaran Nurul AF2 dan
suaminya Mohd Munzil Muhamad selaku plaintif pertama dan kedua. Nor Bee membuat keputusan itu selepas membenarkan saman yang
dikemukakan pasangan itu terhadap TV3, penerbit rancangan Melodi Azman
Abd Ghafar, wartawannya Michelle Wee Lili, syarikat Alt Media Sdn Bhd
dan abang kandung Nurul iaitu Bustamam Zawawi.
Nor Bee juga memutuskan kesemua defendan gagal membuktikan pembelaan masing-masing dalam kes saman itu. Pada 5 September 2011, Nurul dan suaminya memfailkan saman terhadap
kesemua defendan selepas rancangan Melodi pada 26 Jun 2011, menyiarkan
kenyataan berhubung isu perkahwinan mereka yang didakwa berunsur fitnah
berserta gambar visual yang merujuk kepada pasangan itu.
Mereka juga mendakwa perkataan serta gambar visual yang disiarkan
dalam rancangan itu memberi gambaran bahawa perkahwinan mereka tidak sah
di sisi undang-undang dan mereka tidak menghormati ibu bapa serta
keluarga. Pasangan itu yang diwakili peguam David Dev Peter menuntut ganti rugi
am, teruk dan teladan, perintah injunksi, kos dan lain-lain relif yang
difikirkan wajar oleh mahkamah.
Dalam keputusannya Nor Bee juga berkata perkahwinan Nurul dan
suaminya adalah sah mengikut perintah Mahkamah Syariah Hulu Langat yang
mengesahkan pernikahan pasangan itu. Nor Bee membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan saksi plaintif dan defendan.
Sementara itu menurut rekod mStar Online pasangan itu telah
membuat sidang media pada 6 Julai 2011 bagi menjelaskan pernikahan
mereka di Narathiwat, Thailand tidak pernah membelakangi keluarga. Keputusan bernikah di negara itu dibuat disebabkan kesukaran Nurul
untuk mencari walinya disebabkan statusnya sebagai anak angkat. Mereka bagaimanapun telah mendaftar perkahwinan berkenaan di Mahkamah Rendah Syarikah Hulu Langat, Kajang. mstar
-- Pernikahan Nurul (AF2) Di Narathiwat Sah (Gambar)
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
-- Lelaki Ditemui Mati Tergantung Selepas Bergaduh Dgn Isteri Baru Enam Bulan Kahwin (Gambar)
-- Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!