Seorang lelaki dan seorang wanita terbunuh manakala tiga cedera parah
dalam kemalangan melibatkan enam kenderaan di KM244 Lebuhraya
Utara-Selatan berhampiran Senawang pada pukul 4.30 petang Jumaat. Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk
menjangkau dari Senawang ke Pedas Linggi, menurut tweet daripada
pengguna.
Mereka yang terbunuh ialah pemandu bas ekspres dan penumpang wanita dalam Perodua MyVi. Difahamkan bayi, yang juga penumpang dalam MyVi itu berada dalam keadaan kritikal selepas kemalangan. Bas ekspres itu tidak membawa sebarang penumpang ketika kejadian.
Kenderaan lain yang terlibat ialah motosikal, sebuah Perodua MyVi, teksi Toyota Innova dan dua lori tangki. Dua trak bomba dan 14 anggota dari balai bomba Senawang dan Rembau
dihantar ke tempat kemalangan untuk membantu menyelamatkan mangsa, kata
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Norazam Khamis. mstar
-- Salima AF Isteri Kedua Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre (Gambar)
-- Gambar Kemalangan Maut Di Km 254 Lebuhraya PLUS Tol Senawang
-- Tiga Lamborghini Terbakar Kemalangan Di Km 259 Lebuhraya PLUS Seremban (Gambar)
-- Rogol Gadis 12 Tahun Sebelum Kahwin Kes Pengantin Muda Dibuka Semula
-- Nadia Annuar TV3 Putus Cinta Sammy Simorangkir Kerispatih Kerana Perbezaan Agama (Gambar)
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!