Pages

Wednesday, January 8, 2014

Johan Menang Saman RM 1Juta Kes Luka Dibaling Gelas (Gambar)

Pelakon dan pelawak Muhammad Yazid Lim, 30, atau lebih dikenali sebagai Johan (Raja Lawak) berjaya memenangi kes tuntutan saman terhadap pengarah drama, Mohd Javed Mohd Nizar menerusi syarikat Juara Filem Productions Sdn Bhd atas dakwaan mencederakan aktor tersebut di kepala.


Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Gok Yam pada Selasa bagaimanapun menetapkan 23 Januari depan bagi menentukan jumlah ganti rugi yang harus dibayar oleh pihak defendan selepas plaintif menuntut RM1 juta dalam saman berkenaan sebelum ini.

Dalam pada itu mahkamah turut mengarahkan defendan untuk mengeluarkan kenyataan maaf terhadap plaintif secara terbuka menerusi media cetak dan elektronik. Bagaimanapun permohonan defendan membuat tuntutan balas terhadap Johan dengan menuntut wang RM2 juta dibatalkan. Pada perbicaraan kes tersebut berlangsung, Johan hanya diwakili peguam Zahrin Ishak dan pembantu peguam berkenaan, Suhaimi Saad. Manakala pihak defendan pula diwakili peguam Baljit Singh.

Pada Jun 2010, Johan membuat tuntutan saman terhadap pengarah Mohd Javed menerusi syarikat produksi Juara Filem Productions Sdn Bhd agar membayar RM1 juta sebagai ganti rugi berikutan kes dibaling gelas sehingga menyebabkan kecederaan di dahi pada Mei 2010. Dia menerima lima jahitan akibat luka pada dahinya itu.

Selain menuntut ganti rugi RM1 juta, Mohd Javed dalam tuntutan berkenaan turut dituntut agar meminta maaf secara terbuka dan menarik balik surat dan e-mel yang diedarkan kepada persatuan-persatuan seni dan media bagi menjelaskan keadaan tersebut. Johan turut menuntut ganti rugi khusus sampingan dan bertambah iaitu jika dia membuat pembedahan plastik. Johan bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah berkenaan. mstar

--  Jalan Mahameru Sesak Teruk Tanah Runtuh (Gambar)
--  Gadis 15 Tahun Dirogol Lebih 10 Kali Ketika Cuti Sekolah
--  Ibu Tiri Sumbat Kemaluan Anak Perempuan Dengan Cili Di Kajang 
--  Ayah Buat Seks Dengan Anak Mesej Lucah Tiap Kali Isteri Tiada Di Rumah (Gambar)

No comments:

Post a Comment

Thanks For Your Sincere!!