Personaliti radio Aleya mengakui tertarik dengan sikap sabar dalam
diri Mohammed Azam Abdullah, 29, sehingga meyakinkannya mendirikan rumah
tangga semula. Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid atau lebih dikenali sebagai Leya,
31, berkata, dia pernah menguji kesabaran lelaki tersebut dengan
pelbagai cara dalam tempoh perkenalan mereka.
"Saya mengenali dia (Mohammed Azam) tiga tahun lalu ketika kami sama-sama terlibat dalam teater Terima Kasih Cinta. "Sepanjang hubungan itu saya nampak dia seorang yang sangat penyabar,
sebelum ini saya sering mengusik dan menguji kesabarannya, namun dia
melepasi semua ujian tersebut," katanya.
Leya selamat diijab kabul dengan Mohammed Azam Abdullah, 29, yang
berasal daripada Kota Kinabalu, Sabah dan bekerja sebagai penerbit dan
editor video di CreativeHubs. Majlis diadakan di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara kira-kira pukul 10 pagi Sabtu.
Penyampai radio tersebut menerima mas kahwin sebanyak RM300 beserta hantaran sejumlah RM3,000. Mohammed Azam turut membawa tiga dulang hantaran dan berbalas lima dulang oleh pihak perempuan. Sementara itu, tambah Leya, Azam juga seorang yang penyayang dan pandai mengambil hati anak-anaknya.
Katanya, disebabkan kesungguhan lelaki itu juga membuatkannya terbuka hati untuk membina keluarga semula. "Anak-anak saya jenis yang sukar untuk terima kedatangan orang baru,
tetapi berlainan dengan Azam kerana mereka selesa dan terima
kehadirannya dalam keluarga kami," ujarnya.
Dalam pada itu, ditanya tentang bulan madu, Leya berkata, buat masa ini mereka masih belum mempunyai sebarang perancangan. Sementara itu, majlis resepsi pihak lelaki akan diadakan pada 23 Mac depan di Kota Kinabalu, Sabah. mstar
-- Irma Hasmie Mengandung Anak Kedua (Gambar)
-- Linda Onn Dan Suaminya Ungku Azhar (Gambar)
-- Gadis 15 Tahun Dirogol Lebih 10 Kali Ketika Cuti Sekolah
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!