Pelakon Sharnaaz Ahmad menganggap kenyataan Lisdawati yang mendakwa
diserang sehingga menyebabkannya mengalami tekanan darah tinggi adalah
tuduhan mengarut. Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 29, berkata, dia
enggan mengulas panjang berhubung perkara tersebut namun menganggap
Lisdawati bersama suaminya, Fauzi Nawawi sengaja memanipulasi keadaan
apabila mengeluarkan tuduhan sedemikian.
"Mereka memang sengaja memanipulasikan keadaan. Biarlah apa mereka nak cakap... cakaplah. "Buat masa ini saya tidak mahu beritahu apa-apa. Tunggulah... bila
saya bersedia untuk menjawab persoalan semua," katanya
. Sebuah akhbar pada Isnin melaporkan Sharnaaz telah menyerang Lisdawati, 35, di lokasi penggambaran drama
Bukan Aku Tak Cinta di Sungai Buloh pada 19 dan 21 Februari lalu.