Seorang ahli politik ditangkap khalwat bersama dengan seorang lelaki
yang sudah berkahwin oleh Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips). Ahli politik itu, 30, yang merupakan seorang janda ditangkap khalwat
bersama seorang ahli perniagaan berusia 47 tahun di sebuah bilik hotel
dalam satu serbuan pada pukul 1.30 pagi Isnin.
Sumber memberitahu bahawa serbuan itu dilakukan berdasarkan maklumat,
sambil menambah bahawa ahli politik itu berpakaian lengkap manakala
lelaki tersebut hanya bertuala dan berkemeja-T. "Kedua-dua mereka memberi kerjasama dengan pegawai jabatan agama
Islam dan memberitahu bahawa mereka berdua bukan pasangan berkahwin.
Mereka kemudiannya dibawa ke ibu pejabat polis daerah di mana satu
laporan dibuat. "Mereka disiasat di bawah Seksyen 9(1)(1) Enakmen Kesalahan Jenayah
Syariah, yang mengendakan denda RM5,000, penjara selama tiga tahun, atau
kedua-duanya sekali, sekiranya didapati bersalah," kata sumber itu.
Ketua Polis Daerah Kangar, Superitendan Abdul Rahman Mohd Noordin
ketika dihubungi mengesahkan satu laporan polis telah dibuat berhubung
insiden oleh pegawai Jaips. mstar
-- Kemalangan Pertama Di Jambatan Kedua Pulau Pinang (Gambar)
-- Rozita Che Wan Mengandung? Zain Saidin Berdebar (Gambar)
-- Hanez Suraya Dipeluk Lelaki Sekadar Kawan Rapat (Gambar)
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!