Wardina Safiyyah menganggap keputusannya untuk menyambung pelajaran
dan berhijrah ke Brisbane, Australia pada Jun ini sebagai langkah
memulakan hidup baharu bersama keluarganya. Wardina Safiyyah atau nama sebenarnya Wardina Safiyyah Fadlullah
Wilmot, 35, berkata keputusan nekad itu adalah bagi menumpukan perhatian
sepenuhnya kepada keluarga dan pelajaran tanpa sebarang gangguan.
"Saya ingin berehat daripada kehidupan di sini yang terlalu banyak
aktiviti, setiap minggu ada sahaja jemputan menghadiri majlis yang
tidak mampu untuk ditolak, perkara sebegitu membuatkan masa bersama
keluarga dan pelajaran terjejas. "Insya-Allah, di sana saya boleh fokus sepenuhnya kepada pelajaran
dan berharap dapat menyambung ke peringkat lebih tinggi lagi," katanya ketika ditemui pada majlis memperkenalkan duta baharu tilam jenama 'Good Nite', di Hotel Westin, Isnin.
Wardina akan melanjutkan pelajaran dalam bidang psikologi di salah sebuah universiti di Australia pada Jun ini. Tambahnya, dia dan anak-anak akan berpindah terlebih dahulu sebelum
suami, Ikhwan Johari, 38, yang masih mempunyai komitmen terhadap
pekerjaannya. Ibu kepada Amna Nafeesa, 10, Azra Fareera, 7, dan Imran Ar-Razi, 5,
ini berkata, anak-anaknya akan dimasukkan sekolah aliran agama Islam di
negara itu. "Alhamdulillah, ayah dan adik saya yang bekerja sebagai doktor di
sana akan bantu urusan persekolahan anak-anak saya nanti," katanya.
Sementara itu, Wardina yang dilantik sebagai duta baharu tilam jenama Good Nite memberitahu ia adalah salah satu rezeki untuk meringankan beban kos pelajarannya di negara berkenaan. Sebelum menerima tawaran tersebut, dia meletakkan beberapa syarat
kepada syarikat terbabit bersesuaian dengan imejnya seorang wanita
berhijab.
"Saya pun pelik kenapa mereka mahu saya jadi duta kerana saya sudah lama tiada dalam industri seni ini. "Saya sudah beritahu mereka bahawa saya tidak boleh bergambar dengan
aksi yang menjolok mata dan berpakaian ketat seperti model tilam lain,
namun mereka setuju dengan syarat tersebut," katanya. mstar
-- Saya Rasa Terasing Dengan Ibu - Aishah Azizul Sweden (Gambar)
-- Ammar Percaya Ibu Bapanya Akan Didapati Bersalah Dan Dipenjarakan Di Sweden (Gambar)
-- Hanez Suraya Dipeluk Lelaki Sekadar Kawan Rapat (Gambar)
-- Ariana Rose Popularkan Fathia Dan Keith Foo (Gambar)
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!