Pages

Tuesday, April 29, 2014

Pontianak Jalan Sungai Ular Muncul Tengah Malam?

Gangguan makhluk halus atau mistik wujud dalam kalangan masyarakat kita hari ini bagaimanapun ada di antara mereka beranggapan ia satu kepercayaan tahyul. Misteri gangguan lembaga menyerupai pontianak di sekitar Jalan Sungai Ular ke Simpang Tiga Terap bukanlah satu perkara baru, di mana ada dalam kalangan penduduk tidak berani menggunakan jalan itu waktu tengah malam.


Penduduk tempatan mendakwa turut berjumpa lembaga bertenggek di atas paip air di tepi jalan seawal jam 11 malam. Gangguan makhluk halus itu juga dikatakan mengakibatkan ada dalam kalangan penunggang motosikal dan kenderaan lain terbabas.

Bekas Pemandu Anak Datuk Ahmad Zahid Hamidi Menteri Dalam Negeri Ditahan Kes Curi Di Rumahnya

Polis menahan bekas pemandu anak sulung Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bagi membantu siasatan berhubung kejadian kecurian di rumahnya di Country Heights, Kajang pada Sabtu lalu. Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata lelaki berusia 42 tahun itu ditahan di rumahnya di Seri Kembangan pada pukul 1 pagi Ahad.

gambar hiasan
Katanya, lelaki terbabit dipercayai menceroboh masuk ke rumah bekas majikannya, Nurul Hidayah menggunakan kunci rumah yang diberikan ketika masih berkhidmat. "Siasatan awal bagaimanapun mendapati tiada sebarang kesan pecah masuk dalam kejadian itu," katanya selepas melancarkan Program Keselamatan Jalan raya dan Pemanduan Berhemah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Beliau berkata, lelaki itu ditahan reman sehingga esok. Pada kejadian Sabtu lalus, lelaki itu dipercayai melarikan dua jam tangan serta wang tunai RM1,000. mstar

-- Instagram Antara Punca Fiza Dan Adam AF2 Bercerai
-- (Gambar) Air Mata Pokok Petai / Pokok Petai Menangis Di Kg Lembah Raja Pinang Tunggal P Pinang
-- Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)
-- Shila Amzah Pakai Gaun Pendek Dan Seluar Ketat ND Lala Beri Penjelasan (Gambar)

Adam AF2 Dan Fiza Elite Bercerai Talak Satu Selepas 7 Bulan Nikah

Pasangan selebriti Adam (AF) dan Fiza (Elite) sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah pada tengah hari Isnin selepas tujuh bulan menjadi suami-isteri. Lafaz cerai dilakukan dihadapan hakim syarie, Tuan Muhamad Nazri  Basrawi kira-kira pukul 1.05 petang mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.


Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 31, berkata, dia dan Fiza bercerai secara baik tanpa sebarang tuntutan. "Ya, hari ni sudah jatuh talak. Dan itulah ia," katanya ringkas selepas selesai prosiding kes perceraian mereka.

Monday, April 28, 2014

5 Pelajar UIAM Parah Bas Terbabas Di Km 25.2 Lebuh Raya PLUS (Gambar)

Lima pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) cedera parah, selepas bas yang dinaiki mereka terbabas di Kilometer 25.2 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), di Kuala Lumpur, kira-kira pukul 9.30 pagi Ahad.


Menurut sumber, bas yang membawa 31 orang termasuk pemandu itu dalam perjalanan menuju ke Bukit Cherakah, Shah Alam. "Menurut saksi, bas berkenaan hilang kawalan lalu terbabas di bahagian kiri lebuh raya dan melanggar penghadang pembinaan sebelum terbabas ke tapak pembesaran jalan. "Seramai lima pelajar UIAM parah terdiri daripada empat pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan," katanya.

Sumber itu berkata, operasi menyelamat melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Hartamas dan Jalan Hang Tuah pada pukul 9.40 pagi. Menurut sumber lagi, pemandu bas yang membawa 30 pelajar UIAM itu ada mengadu kurang sihat sebelum memulakan perjalanan.

Mengenai mangsa yang cedera parah, katanya, seorang pelajar lelaki dihantar ke Hospital Besar Kuala Lumpur manakala empat lagi serta mereka yang cedera ringan dihantar ke Hospital Sungai Buloh. "Pemandu bas dibawa ke klinik di UIAM untuk diberikan rawatan," kata sumber. mstar

--  Pesawat Firefly Ke Kota Baru Berpatah Balik Ke Pulau Pinang Selepas 15Minit Terbang
--  Aien Kembar Ekin Mawi Bersalin Anak Kembar (Gambar)
--  Anak Ketua Pramugara MH370 Maira Elizabeth Terima Jersi Liverpool (Gambar)
--  Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana

Sunday, April 27, 2014

Zam Juara Skool Of Lawak Raih RM100 Ribu (Gambar)

Zam diumumkan sebagai juara program Skool of Lawak musim pertama yang berlangsung di Megastar Arena malam Jumaat. Kemenangan itu membuatkan Zam atau nama sebenarnya Muhammad Rizam Zaaffar, 26, membawa pulang wang sejumlah RM100,000 berserta trofi.


Tempat kedua pula dimenangi oleh Fiza (Filzah Azmi), 25, dengan membawa pulang sebuah trofi berserta wang tunai RM50,000. Manakala tempat ketiga jatuh kepada One atau Mohd Hazwan Mohd Azani, 27, menerima hadiah wang tunai RM25,000 serta trofi.

Saiful Apek Dan Pekerja Didenda RM2500 Masuk Dadah Dalam Badan

Pelakon dan pelawak terkenal Saiful Apek bersama tiga pekerjanya masing-masing dikenakan denda RM2,500 oleh Mahkamah Tinggi pada Jumaat selepas didapati bersalah memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan, empat tahun lepas. Hakim Datuk Nurchaya Arshad membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan pendakwaan terhadap perintah Mahkamah Majistret Petaling Jaya yang membebaskan mereka daripada pertuduhan pada 30 September tahun lepas.


Beliau turut memerintahkan kesemua tertuduh diletakkan di bawah pengawasan selama tiga tahun. Hakim Nurchaya bagaimanapun menolak permohonan kos pendakwaan oleh pihak perayu yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ishrakh Saad.

Sunday, April 13, 2014

Linda Hashim Baca Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin

Linda Hashim melakukan amalan membaca surah Maryam yang dijadikan petua oleh kebanyakan ibu mengandung agar dipermudahkan proses bersalin. Linda, 29, berkata, sejak disahkan mengandung Julai tahun lalu, dia sentiasa menitik beratkan amalan pembacaan surah-surah tertentu sebagai kekuatan dan bagi menjaga kandungannya.



"Saya banyak membaca buku dan di internet tentang amalan surah-surah dan ayat Al-Quran yang baik untuk diamalkan semasa mengandung. "Setiap surah ada doa tertentu dan semuanya untuk kebaikkan bayi dalam kandungan.

Saturday, April 12, 2014

Bella Dally Kini Bertudung (Gambar)

Bella Dally mengaku membuat keputusan untuk berhijab sejak Selasa lalu dan langkah itu diharap tidak menyekat rezekinya dalam bidang lakonan. Bella atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally, 24, berkata, dia sendiri tidak menyangka melakukan perubahan itu kerana dia merasakan mungkin berhijab selepas mendirikan rumah tangga.


"Sejujurnya, saya tidak ada apa-apa mimpi pun atau kisah di sebalik penghijrahan ini. "Tiba-tiba saja saya rasa seperti ingin bertudung dan saya juga tidak sangka akan 'berhijrah' secepat ini. "Cuma apa yang saya lakukan, sebelum bertudung saya mula memperkukuhkan amalan solat saya serta mempelajari Islam dengan lebih mendalam.

Friday, April 11, 2014

Wan Sakinah Isteri Kedua Ashraf Muslim Bersalin Anak Perempuan 2.51Kg (Gambar)

Isteri kedua Ashraf Muslim iaitu Wan Sakinah selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 11.50 malam 5 April di hospital Tropicana Medical Centre. Wan Sakinah menerusi laman Instagram memberitahu anak sulungnya lahir dengan selamat dan sihat seberat 2.51 kilogram secara normal.


Wan Sakinah turut melahirkan rasa gembira dan syukur apabila anaknya itu selamat lahir kedunia dan dalam akaun Instagram miliknya seolah-olah memberitahu anaknya itu bukan sahaja ada seorang ibu tetapi dua iaitu dia dan Dayana yang merupakan isteri pertama Ashraf.

Bayi tersebut merupakan zuriat pertama pelakon Ashraf Muslim selepas berkahwin dengan 2 wanita. Tahniah buat Ashraf Muslim dan Wan Sakinah.

--  Puting Agnez Mo Tersembul Keluar Dalam Coke Bottle MV? (Gambar)
--  Bila Anak Erra Fazira Dan Dynas Mokhtar Bersama
--  Anak Che Ta Ammar Effendy Pilih Audi R8 RM660Ribu Hadiah SPM 9A (Gambar)
--  Nabil Ahmad Terkejut Isteri Bersalin Awal Tiga Minggu (Gambar) 

Wednesday, April 2, 2014

Noryn Aziz Mengandung Selepas 4 Tahun Kahwin Datuk Raja Kamarul Bahrin (Gambar)

Noryn Aziz menganggap berita kehamilannya pada Januari lalu adalah hadiah paling besar yang pernah diterimanya. Noryn atau nama sebenarnya, Norazmahwati Abdul Aziz, 37, berkata, sejak berkahwin dengan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad pada 2010 dia memang menantikan saat-saat bergelar ibu dan akhirnya ia bakal menjadi kenyataan.


"Sebelum ini macam-macam cara saya dan suami ikhtiar untuk mendapatkan zuriat namun tidak berjaya. "Alhamdulillah usaha dan doa kami berdua akhirnya membuahkan hasil dan saya kini sedang hamil empat bulan dan dijangka bersalin pada September depan," katanya.