ad ld

Pages

Friday, September 29, 2017

Jadual UPKK 2017 Diubah Akibat Kejadian Pecah Masuk Di JAIM

Pengumuman utk ibu bapa dan waris2 murid calon UPKK 2017 yg dijadual berlangsung pd 2-5 Okt 17 ini, ada sedikit perubahan dari segi subjek yg diduduki. Ini berlaku susulan kejadian pecah masuk di Jabatan Agama Islam Melaka. Baca ni selanjutnya:



KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

BERKENAAN

PERUBAHAN JADUAL PEPERIKSAAN UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) BAGI TAHUN 2017

1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ingin memaklumkan kepada semua Agensi Bertanggungjawab melaksanakan KAFA seluruh Malaysia dan semua pihak yang terlibat berhubung perubahan jadual peperiksaan UPKK bagi tahun 2017 yang dijadualkan pada 2 hingga 5 Oktober 2017.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Jakim telah menerima laporan bahawa telah berlaku kejadian pecah masuk di Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) pada 28 September 2017 yang mengakibatkan kehilangan tiga (3) kertas soalan bagi tiga (3) subjek peperiksaan UPPK 2017. Jabatan Agama Islam Melaka telah membuat laporan kepada Pihak Berkuasa untuk menjalankan siasatan mengikut peruntukan undang-undang.
3. Sehubungan itu, Jakim ingin memaklumkan perkara yang berlaku tidak akan menjejaskan pelaksanaan peperiksaan UPKK 2017 kerana Jakim telah menyediakan set soalan kedua bagi subjek-subjek tersebut. Bagi memastikan kelancaran peperiksaan UPKK 2017 penyusunan jadual baru adalah seperti dilampiran:-

4. Jabatan ini memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi berikutan perkara ini.

Sekian

TAN SRI DATO’ HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
29 September 2017.


-- Raja Puan Besar Perak Mangkat
-- Perbualan Terakhir Isteri Dan Anggota TLDM Yang Menyentuh Jiwa
-- Buai Elektrik Bayi Sesuai Mudah Dan Berbaloi Ke?
-- Bayi 10 Bulan Tertelan Bateri Saiz AAA

No comments: