Pasangan selebriti Adam (AF) dan Fiza (Elite) sah bercerai talak satu di
Mahkamah Rendah Syariah pada tengah hari Isnin selepas tujuh
bulan menjadi suami-isteri. Lafaz cerai dilakukan dihadapan hakim syarie, Tuan Muhamad Nazri
Basrawi kira-kira pukul 1.05 petang mengikut Seksyen 47 Enakmen
Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 31, berkata, dia dan Fiza bercerai secara baik tanpa sebarang tuntutan. "Ya, hari ni sudah jatuh talak. Dan itulah ia," katanya ringkas selepas selesai prosiding kes perceraian mereka.