Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Berapit, Lydia Ong Kok Fooi
mengalami beberapa kecederaan kecil apabila seorang wanita didakwa
menyerangnya, selepas Ong menasihatinya supaya tidak melakukan
pembakaran terbuka di kawasan kejiranan. Ong, 48, berkata, beliau mengalami lembam pada bahunya dan kedua-dua
tangan selepas seorang wanita menyerangnya dengan batang buluh.
Ong berkata, beliau ketika itu sedang memandu pulang ke rumahnya di Taman Intan Sungai Petani Kedah pada kira-kira pukul 7 petang pada Selasa apabila beliau mendapati wanita berkenaan membakar sampah di padang terbuka di taman permainan awam berhampiran.