Bapa Afiq Muiz iaitu Azman Shah Kader Ibrahim Shah, 52, di minta
tampil menyelesaikan konflik keluarga antara pelakon itu dan ibu
kandungnya, Hasliza Mohd, 48. Datuk saudara Afiq iaitu Jalal Abidin, 64, menyifatkan Azman
merupakan individu paling layak menjadi 'orang tengah' bagi menjernihkan
kembali hubungan anak dan isterinya itu.
"Saya rasa, tiada orang lain yang dapat menyelesaikan masalah Afiq dan ibunya selain Azman sendiri. "Jika sebelum ini bapa Afiq tidak munculkan diri dalam menyelesaikan masalah anak beranak, sudah tiba masanya dia berbuat demikian. Tidak elok rasanya kes pergaduhan mereka berpanjangan, tambah pula ia sudah menjadi bahan berita media di luar sana," katanya yang ditemui pada sidang media khas yang diadakan di rumah keluarga Afiq di sini, Khamis.