ad ld

Pages

Showing posts with label bekas pelajar uia. Show all posts
Showing posts with label bekas pelajar uia. Show all posts

Monday, July 9, 2012

Lelaki Pedang Amuk Di JPM Putrajaya Mati Di Hospital (Gambar)

Menggelar dirinya 'Imam Mahadi', seorang lelaki bersama seorang wanita bersenjatakan pedang samurai mengamuk di pekarangan kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum menyerang polis bantuan untuk memasuki kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata, dalam kejadian jam 2.30 petang tadi, kedua-dua suspek menuju ke pos pengawal keselamatan sebelum dihalang oleh polis bantuan. Bagaimanapun suspek lelaki meletakkan pedang samurai di leher polis tersebut.