ad ld

Pages

Showing posts with label chelsea vs stoke city. Show all posts
Showing posts with label chelsea vs stoke city. Show all posts

Sunday, August 29, 2010

Chelsea Kekal Teratas, Benam Stoke City 2 - 0

Chelsea!!! Chelsea!! Go go Chelsea!!! Wah2 Chelsea menang lagi beb. Mmg superb lah performance dorg stakat ni. Ok peminat Chelsea, sila layan cer ni ye..hehe..

-> Chelsea terus mengukuhkan cengkaman selaku pendahulu Liga Perdana England. Beraksi di hadapan penyokong sendiri di Stamford Bridge semalam, Chelsea mencipta kemenangan bergaya apabila membenam Stoke City 2-0.
Florent Malouda menjaringkan gol pembukaan tuan rumah pada minit ke-32 menerusi rembatan kaki kanan hasil umpanan kapten, John Terry. Didier Drogba meledak gol kedua The Blues menerusi sepakan penalti pada minit ke-77.

Kemenangan itu menyaksikan Chelsea kekal selaku pendahulu liga dengan mengumpul sembilan mata maksimum. Terdahulu, skuad The Blues itu mencipta kemenangan besar apabila membelasah West Bromwich dan Wigan Athletic 6-0. - petikan Kosmo