ad ld

Pages

Showing posts with label gambar kemalangan 6 kenderaan di km 256 lebuhraya plus terowong menora. Show all posts
Showing posts with label gambar kemalangan 6 kenderaan di km 256 lebuhraya plus terowong menora. Show all posts

Tuesday, October 21, 2014

Kemalangan Terowong Menora 6 Kereta Dan Lori Saya Minta Maaf Mak (Gambar)

Perjalanan lima sekeluarga pulang ke kampung untuk menyambut Aidiladha pada Ahad berakhir dengan tragedi yang menyayat hati apabila ibu dan seorang anaknya maut dalam kemalangan di Kilometer 256, Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara, selepas Terowong Menora.


Dalam kemalangan pukul 11.30 pagi membabitkan dua treler dan enam buah kereta itu, mangsa Norhayati Wook, 50, dan Siti Yuslianis Roslan, 20, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala manakala tiga adik beradik lain mengalami cedera ringan.