ad ld

Pages

Showing posts with label gambar kemalangan maut. Show all posts
Showing posts with label gambar kemalangan maut. Show all posts

Tuesday, May 21, 2013

Putus Kepala Kemalangan Ngeri Di MRR2 (Gambar)

Empat maut termasuk sepasang suami isteri dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan, dipercayai berpunca daripada kegagalan brek berfungsi salah sebuah kereta, dalam kejadian di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2). Dalam kejadian jam 5.30 petang membabitkan tiga kereta dan sebuah motosikal itu menyebabkan pemandu dan tiga penumpang kereta PERODUA Viva maut serta-merta di lokasi kejadian, manakala sekurang-kurangnya tiga cedera.


Mangsa maut dikenal pasti sebagai pemandu PERODUA Viva, Hasbullah Abdul Ghani, 26; dan isterinya, Nurul Intan Syahida, 22, yang duduk di bahagian penumpang depan, yang putus kepala akibat terkena kabel penghadang jalan.

Thursday, April 19, 2012

Gambar Harrier Terbabas 3 Maut Di Km 199.1 Plus Dekat Alor Gajah

Tiga termasuk seorang mekanik yang membaiki kenderaan membawa skylift yang rosak terkorban apabila jentera berat itu dirempuh sebuah Toyota Harrier di Kilometer 199.1, Lebuhraya Utara-Selatan semalam.

Dalam kejadian pada pukul 3.05 petang itu, Mohamad Azizul Safian Suri, 28, bersama dua penumpang Toyota Harrier, Ng Being Thian, 32, dan ibunya, Tan Tiang, 56, maut di tempat kejadian akibat cedera parah.

Tuesday, July 26, 2011

(Gambar) Guru Maut Kemalangan Toyota Rush Dan Hilux Di Km 33.7 Jln Johor Bahru Kota Tinggi

Seorang guru sekolah menengah maut manakala adik angkatnya cedera parah apabila kereta yang dinaiki terbabas sebelum melanggar kenderaan dari arah bertentangan di KM 33.7 Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi berhampiran Ladang Tai Tak Kota Tinggi 24 Julai 2011.


Dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 petang itu, mangsa, Nur Zakiah Umar, 29, maut di tempat kejadian setelah tercampak keluar dari kenderaan terbabit sebelum terperosok di bawah kenderaan yang dilanggarnya.

Sunday, March 6, 2011

(Gambar) Lori Simen Rempuh 2 Kereta, Rumah Teres Di Tmn Bukit Anggerik Cheras

Kuala Lumpur: Seorang pemandu lori simen maut apabila kenderaannya merempuh dua kereta dan sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Bukit Anggerik, Cheras, di sini Sabtu. Ong Heng Sai, 52, mati di tempat kejadian akibat pendarahan teruk setelah tersepit di kerusi pemandu. Mayatnya dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheras Johari Mohd Lazim berkata kejadian pada pukul 12.30 tengah hari itu turut menyebabkan sepasang suami isteri berusia dalam lingkungan 30-an cedera dan mereka dihantar ke PPUKM untuk rawatan.

Beliau berkata Ong dipercayai gagal mengawal kenderaannya ketika menuruni jalan berbukit di Jalan 8/54, taman itu menyebabkannya melanggar sebuah keretaPerodua Kenari di hadapannya sebelum merempuh sebuah kereta Perodua Kembara yangdatang dari arah bertentangan. Pemandu lori dari Ampang itu kemudian merempuh sebuah rumah teres dua tingkat di No 1, Jalan 8/54, Taman Bukit Anggerik, katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian di sini.

Johari berkata anggota bomba dan penyelamat terpaksa menggunakan kren untuk mengalihkan kepala lori bagi mengeluarkan Ong yang tersepit di kerusi pemandu. "Kami mengambil masa empat jam untuk mengeluarkan Ong dan 10 minit untuk mengeluarkan pasangan suami isteri dari kereta Kembara yang remuk itu. Lelakidalam kereta Kenari tidak cedera," katanya.

Sementara itu, wanita warga emas bersama pembantu rumah yang berada dalam rumah teres dua tingkat itu tidak cedera. Pembantu rumah berkenaan, Hotimah Mundari, 43, berkata semasa kejadian dia sedang tidur di sofa ruang tamu rumah, kira-kira dua meter dari dinding rumah yang dirempuh, manakala majikannya sedang berehat di bilik atas rumah itu.

Hotimah berkata dia terkejut apabila mendengar bunyi dentuman yang kuat dan menyangka ia adalah gempa bumi. "Ketika itu, saya hanya nampak bahagian hadapan rumah sudah runtuh dengan almari dan televisyen pecah dan apabila saya keluar dari rumah mengikut pintu belakang, baru saya nampak ada lori yang merempuh rumah," katanya. mstar

-- (Gambar) Air Mata Pokok Petai / Pokok Petai Menangis Di Kg Lembah Raja Pinang Tunggal P Pinang
-- Video Dan Gambar Majlis Perkahwinan Nur Nadia SM Nasimuddin - Idaman Gadis
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
-- (Gambar) Peragut Mati Tertonggeng Dlm Longkang