ad ld

Pages

Showing posts with label gambar perkahwinan annahita. Show all posts
Showing posts with label gambar perkahwinan annahita. Show all posts

Wednesday, July 21, 2010

Annahita satu-satunya isteri saya : Datuk Saiful Baha

Menjelang  pernikahannya 10 Julai lalu, model, pengacara dan pelakon jelita, Annahita Bakavoli Mehdi Bakavoli, 28, mula terdengar pelbagai cerita mengenai calon suaminya, Datuk Saiful Bahar Mohd Arshad. Ada yang memperkatakan Annahita isteri ke berapa?

Saiful yang juga Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, berkata segala cerita lama sudah menjadi kenangan. Kini dia dan Annahati mahu membina hidup baru berserta doa serta harapan agar rumah tangga yang baru dibina itu berkekalan sehingga ke hujung nyawa.

Saiful yang menghubungi wartawan Harian Metro dari London, awal pagi kelmarin, dalam nada riang memberitahu yang dia dan isteri tercinta baru sampai di kota terbilang itu untuk berbulan madu selama 10 hari. Mereka akan kembali ke tanah air pada 28 Julai ini.

Kami berkenalan dan berkawan pun tidak lama jadi inilah masanya untuk lebih mengenali antara satu sama lain. "Sepanjang 10 hari di London, kami tidak tinggal di satu tempat kerana banyak tempat yang akan dilawati.

Ingin juga saya jelaskan di sini, Anna satu-satunya isteri saya sekarang. Siapa saya sebelum ini, biarlah ia tersimpan dalam lipatan kenangan. Apa yang saya harapkan sekarang, kebahagiaan kami berdua," katanya. Tambah Saiful walaupun mereka sudah berkahwin, dia akan terus memberi sokongan terhadap kerjaya dan minat isterinya. - Petikan hmetro

Tuesday, July 20, 2010

Annahita Bakavoli dan Datuk Saiful Baha Berbulan Madu Di London

Pelakon Annahita Bakavoli dan suaminya Datuk Saiful Bahar Datuk Mohd. Arshad berlepas ke England Ahad lalu untuk berbulan madu selama sepuluh hari. Annahita atau nama sebenarnya Annahita Bakavoli Mehdi Bakavoli ketika dihubungi di sini, Isnin berkata, dia dan suami akan melawat beberapa tempat menarik antaranya Windsor, Stratford Upon Avon, Lake District, Manchester, Oxford dan Cambridge. Walaupun sudah bergelar Datin, Annahita berkata kehidupannya sama seperti ketika dia belum berkahwin dengan Saiful Bahar.

Tambah wanita itu, dia amat bersyukur kerana suaminya tidak menghalang untuk dia bergiat aktif dalam bidang seni selain lelaki tersebut menjadi pendorong kuat untuk melihat dia berjaya dalam bidang yang dipilih. Annahita dan Saiful Bahar yang juga Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu selamat diijabkabulkan pada 10 Julai lalu di Masjid Negeri Shah Alam, Selangor.

Dalam majlis itu pengantin perempuan menerima wang hantaran RM21,212.12, mas kahwin RM2,000 serta lima dulang hantaran. Pihak perempuan kemudian membalas tujuh dulang hantaran kepada pengantin lelaki. Turut hadir dalam majlis pernikahan mereka ialah adinda Sultan Selangor Tengku Panglima Tengku Sulaiman Ibni Almarhum Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, Pengerusi Media Prima Berhad Datuk Johan Jaafar dan rakan rapat serta ahli keluarga terdekat. Kedua-duanya pasangan turut mengadakan majlis resepsi pada 16 Julai lalu di Kuala Lumpur Golf & Country Club. - mstar

Sunday, July 18, 2010

Gambar Datuk Saiful Baha dan Annahita Bakavoli

Annahita Bakavoli di samping suaminya, Setiausaha Sulit Kanan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Saiful Bahar Mohd Arshad merakamkan kenangan bersama rakan-rakannya selepas majlis perkahwinan mereka di Kuala Lumpur Golf and Country Club, Petaling Jaya, Selangor.


Tahniah buat Annahita Bakavoli dan Datuk Saiful Baha.

-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
-- Bayi Perempuan Bogel Masih Hidup Ditinggalkan Tertiarap Atas Jalan Di Ipoh (Gambar)
-- Nadia Shahrul Annuar, Bekas Pengacara TV3 Bercerai
-- Salima AF Isteri Kedua Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre (Gambar)

Wednesday, July 14, 2010

Annahita Bakavoli Berkahwin Dengan Datuk Saiful Baha

Hanya dgn sekali lafaz, pelakon dan model, Annahita Bakavoli, 28 sah menjadi isteri kepada Setiausaha Sulit Kanan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Saiful Baha Datuk Mohd Arshad, 44.


Majlis akad nikah pasangan ini berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin, Shah Alam selepas solat Asar, 11 Julai 2010. Kedua-dua mempelai dinikahkan oleh jurunikah Kawasan Shah Alam, Khairudin Hayon, manakala bapa Annahita, Mehdi Bakavoli bertindak sebagai wali.

Turut hadir ialah Tengku Panglima Selangor, Tengku Sulaiman Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz, ibu Saiful, datin Rohani Abd Mutalib, ibu Annahita, Norma Bahari, ahli keluarga terdekat dan kenalan. Annahita adalah Dewi Remaja (2002-2003) anjuran majalah Remaja terbitan Kumpulan Media Karangkraf. - sinarharian

--  Salima AF Isteri Kedua Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre (Gambar) 
--  Nana Mahazan Bersalin Anak Kedua (Gambar) 
--  Aidil Zafuan Dan Zarema Zainal (Gambar) 
--  (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!