ad ld

Pages

Showing posts with label irma hasmie nabil putus cinta. Show all posts
Showing posts with label irma hasmie nabil putus cinta. Show all posts

Monday, March 21, 2011

(Gambar) Irma Hasmie Nekad Bertudung Slps Blk Umrah

Pengalaman mengerja umrah selama dua minggu di Mekah pada bulan Februari lalu membuatkan pelakon Irma Hasmie tertarik untuk terus bertudung litup. Bekas kekasih Nabil Raja Lawak ini pergi ke sana dengan ditemani ibunya. Seperti orang lain, dia juga berniat untuk menjadi seorang insan yang lebih baik selepas pertama kali menjejakkan kaki ke tanah suci.

Menyentuh tentang karier lakonannya selepas ini, Irma masih terbuka menerima apa sahaja watak yang diberikan asalkan dia dibenarkan bertudung dan menutup aurat. “Alhamdulillah, walaupun bertudung saya masih ditawarkan berlakon dalam beberapa drama dan tidak menganggap perubahan ini akan menutup rezeki saya. Saya tidak kisah dengan watak yang diberikan asalkan tidak melanggar keperibadian saya sekarang,” katanya dalam satu temubual.

Seminggu selepas pulang dari umrah, terus Irma menerima tawaran berlakon telefilem Mencari Bidadari untuk RTM. Kebetulan karakter dalam telefilem itu merupakan seorang wanita bertudung. Selain itu, dia turut menerima tawaran beberapa drama lain termasuk untuk TV9 dan drama Kelab Wau.

Irma akui ramai peminat yang memberikan reaksi positif kepadanya selepas tiga minggu mengenakan penampilan muslimahnya itu. “Saya buat perkara elok, jadi sudah tentu ramai yang gembira. Saya minta Allah memberkati peminat yang sentiasa mendoakan kebahagiaan saya. “Saya menolak perkara negatif yang mungkin akan berlaku selepas ini. Perubahan ini dilakukan untuk mencapai kesempurnaan dan merupakan perkara yang dituntut dalam agama. “Jika kita ingat Allah, jadi Dia juga akan dekat dengan kita,” ujarnya yang turut pernah ditawarkan menjadi model tudung.

Bagaimanapun dia terpaksa menolak tawaran tersebut sebelum ini atas sebab masih terlalu awal dan belum bersedia. mstar

-- Bila Anak Erra Fazira Dan Dynas Mokhtar Bersama
-- (Gambar) Ainul Aishah Kemalangan Langgar BMW, Pelakon Begitukah Cinta
-- (Gambar) Siti Nordiana, Rosmunira Hapus Dendam Slps Kematian Faizal
-- (Gambar) Perkahwinan Rabecca Nur Al Islam Dan Nor Azam Datuk Sulaiman

Wednesday, December 29, 2010

(Gambar) Irma Hasmie Tak Mahu Terserempak Dgn Nabil

Cantik kan Irma nih.. I like...hehe..

-- Pelakon Irma Hasmie,28, tidak mahu terserempak dengan bekas kekasihnya, Nabil Ahmad buat masa ini.

Irma yang ditemui selepas majlis Anugerah Skrin 2010 yang berlangsung pada 24 Disember lalu berkata, selama ini dia tidak pernah terfikir akan kemungkinan berhadapan dengan peristiwa itu.

Katanya,' Kalau boleh tak naklah terserempak tapi kalau jadi juga, saya pun tak tahu nak buat apa,". Tgk sini.

Wednesday, November 3, 2010

Irma Hasmie Minta Putus - Nabil

Pelakon dan pelawak, Nabil Ahmad terpaksa akur dan menerima keputusan Irma Hasmie, untuk memutuskan hubungan cinta mereka yang telah terjalin sejak dua tahun lalu. Menurut Nabil, dia terpaksa mengikut kata Irma seperti mana pendedahannya dalam sebuah akhbar mingguan Ahad lalu yang enggan memulihkan semula hubungan mereka.

"Jika sebelum ini saya tidak mengaku kami berpisah, kini saya ingin katakan yang saya sudah solo. Mungkin sebelum ini saya terlalu leka dengan pemberian Allah S.W.T yang telah memberi kesenangan hidup, seorang kekasih yang cantik dan kerjaya yang bagus. "Setakat ini, tiada perancangan lagi untuk pulihkan hubungan kami. Saya cuma ingin memperbaiki diri saya dahulu, barulah saya baiki hubungan kami jika Tuhan izinkan. Lagipun dia dah kata tak mahu saya lagi.

"Benda ini satu pengajaran buat saya. Mungkin selama ini saya lalai. Apa-apa pun, saya anggap perkara ini ada hikmahnya. Walaupun sekarang fikiran saya sedang serabut, saya perlu berfikir secara positif dan selesaikannya secara perlahan-lahan. Saya percaya ada orang lagi besar dugaannya berbanding diri saya," tuturnya ketika dihubungi mStar Online di sini, Selasa.

Dengan nada suara agak kesal atas kejadian yang berlaku, Nabil berkata sebenarnya dia telah membuat persiapan kahwin sedikit demi sedikit untuk menempuh hari bahagia mereka yang dijangka pada tahun 2012 itu. Kita hanya mampu merancang tapi Tuhan saja yang menentukan. Begitu juga dengan saya, beberapa persiapan kahwin dah pun dibuat sikit-sikit. Mana tahu satu hari nanti jodoh kami masih ada. Tapi, andaikan Irma telah berjumpa dengan lelaki yang lebih baik, saya tidak kisah.

"Apa-apa pun yang sedang saya hadapi, kerjaya akan menjadi keutamaan saya dan saya perlu fokus dan kawal emosi saya tanpa mengganggu kerjaya saya sehingga menyusahkan orang lain," katanya yang sedang sibuk dengan penggambaran filem Bujang Terlajak arah Profesor Razak Mohaideen.

Tambah Nabil, dia ingin menegaskan bahawa, gambar seorang wanita yang diambil bersamanya serta beberapa rakan lain yang tersebar di internet tidak ada kaitan langsung dengan masalahnya dengan Irma. Sebaliknya wanita itu merupakan kenalan baru Nabil.

"Tak fasal-fasal, dia pula terkait dalam masalah kami. Saya harap, orang luar tidak mengaitkan dia lagi," tegasnya. Ditanya adakah Nabil masih lagi mencintai Irma, jawab Nabil: "Saya masih sayangkan dia. Rasanya, perasaan sayang masih lagi ada bagi pasangan yang baru lepas putus cinta. Hal ini merupakan satu masalah seperti yang turut berlaku kepada pasangan-pasangan lain. Tapi disebabkan kami dikenali, maka ia menjadi besar.

"Saya ingin doakan sebuah kehidupan yang terbaik buat Irma. Saya tahu dia seorang wanita yang baik. Dulu, masa saya masih bersamanya, kalau ada apa-apa masalah, dia pasti akan berbincang dengan saya. Sekarang ini, saya harap dia ada kawan-kawan yang boleh berkongsi masalah. Kepada Irma, jagalah diri baik-baik,” kata Nabil. - mstar