Pasangan pelakon, Norman Hakim dan Memey Suhaiza dikenakan waran tangkap ekoran kegagalan mereka untuk menghadiri prosiding kes khalwat di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Jumaat.Hakim Syarie Salehan Yatim mengeluarkan waran tangkap tersebut selepas mendapati penjelasan yang diberikan mengenai ketidakhadiran pelakon berkenaan adalah tidak munasabah.