Kertas siasatan untuk menyiasat dakwaan rogol seorang remaja
perempuan berusia 12 tahun yang berkahwin dengan lelaki yang didakwa
merogolnya dan bercerai setahun kemudian telah dibuka semula oleh polis
susulan permintaan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC).
Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, beliau membuat permintaan itu kepada polis selepas mengambil kira keprihatinan orang awam terhadap isu itu. Bagaimanapun, beliau berkata keputusan sama ada kes itu akan dibicarakan hanya akan diumumkan minggu depan selepas AGC menerima penemuan polis.