ad ld

Pages

Showing posts with label omar ismail. Show all posts
Showing posts with label omar ismail. Show all posts

Monday, December 2, 2013

Bapa Misha Omar Meninggal Dunia

Pemergian ayah tercinta, membuatkan Penyanyi Misha Omar ,31, sekali lagi terpaksa menangguhkan perkahwinannya. Misha sebelum ini pernah menangguhkan perkahwinan pada September tahun lalu dan merancang berkahwin pada Februari tahun hadapan, namun hasrat itu terpaksa dilupakan buat seketika. “Kami perlu masa, kehilangan adalah menyakitkan apatah lagi orang yang penting,” kata Misha Omar memetik laporan Metro.


Bapa Misha, Omar Ismail,75, meninggal dunia akibat penyakit jantung dan kegagalan organ utama berfungsi pada jam 5.30 pagi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian. Jenazah Omar dikebumikan di Tanah Perkuburan Pantai Irama, Bachok berhampiran pusara arwah ibunya.