Penyanyi Adam AF2 mengakui tidak peduli dengan status janda bakal isterinya iaitu penyanyi dan pelakon Fiza Elite. Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 30, berkata, dia
sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami dan bapa kepada
anak-anak selebriti tersebut. "Secara jujurnya saya tidak pernah kisah tentang status seseorang
wanita itu, memang ramai yang bertanya saya sama ada saya sudah bersedia
untuk memikul tanggungjawab tersebut. "Saya sudah bersedia insyaAllah, harap semua piahk dapat doakan agar
saya dapat menjalankan tanggungjawab tersebut dengan ikhlas," katanya
kepada mStar Online, Selasa.

Adam berkata demikian ketika diminta mengulas tentang berita pernikahanya yang bakal diadakan pada Khamis ini di Jabatan Agama Islam Selangor pada pukul 10 pagi. Biarpun baru mengenali wanita tersebut pada pertengahan Julai lalu, Adam berkata, dia mula jatuh cinta dan ingin menjadikan Fiza sebagai isterinya yang sah. "Kami sebelum ini pernah berjumpa tetapi tiada apa-apa perasaan tapi selepas perubahan dia ke arah menjadi insan yang lebih baik saya mula rasa ingin mendekati dirinya. "Daripada beberapa pertemuan dengan dia, saya semakin suka dan jatuh hati sehingga melamarnya untuk dijadikan isteri yang sah," katanya.