Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengesahkan pelakon Shahrizal
Jaszle telah ditahan atas kesalahan berkhalwat oleh sepasukan pegawai
dari bahagian penguatkuasaan Jais di sebuah unit apartment Taman Sri
Subang di sini awal pagi Khamis.
Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin dalam satu kenyataan mengesahkan penangkapan Shahrizal atau nama sebenarnya, Mohd Shahrizal Jaszle Jasmi, 25, yang sudah bertunang Disember lepas. "Dia ditahan mengikut Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995," katanya.