ad ld

Pages

Showing posts with label skandal PKFZ. Show all posts
Showing posts with label skandal PKFZ. Show all posts

Saturday, July 31, 2010

PKFZ: Ada Lagi VIP Didakwa?

Mungkinkah ada lagi 'jerung ' yang akan dihadapkan ke mahkamah berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), selepas bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr. Ling Liong Sik didakwa semalam? Jawapannya ada! Selepas lima individu termasuk Liong Sik dihadapkan ke mahkamah berhubung skandal ini, beberapa lagi orang kenamaan (VIP) dijangka diheret ke mahkamah atas kes yang sama.

Menurut sumber, beberapa nama VIP yang masih dan pernah memegang jawatan penting hanya menunggu masa untuk didakwa berhubung skandal yang sama. Bagaimanapun, keputusan untuk mendakwa individu terbabit di mahkamah hanya akan ditentukan oleh pihak Peguam Negara. "Selepas Liong Sik, ada lagi ahli politik atau bekas ahli politik yang akan diheret ke mahkamah berhubung skandal ini.

"Apa pun, biar pihak Peguam Negara yang tentukan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Akhir tahun lalu, bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), Datin Paduka Oi Choo Phang dan tiga lagi didakwa melakukan pecah amanah dan menipu dengan membuat tuntutan palsu. Projek PKFZ, yang dibina di kawasan seluas 405 hektar di Pulau Indah dekat Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang, sebagai hab penghantaran kargo bersepadu menimbulkan kontroversi apabila kosnya melambung daripada RM2 bilion kepada RM4.6 bilion.

Ia mengandungi 256 hektar kawasan terbuka untuk kilang/gudang, 512 lot perindustrian ringan dan 500,000 kaki persegi ruang pejabat untuk sewaan, 135-bilik hotel dan sebuah pusat pameran. Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang menyiasat projek itu mencadangkan supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis menyiasat bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy dan Phang kerana pecah amanah. Selain Phang, tiga lagi yang didakwa ialah Ketua Pegawai Operasi Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB), Stephen Abok, 51; Seng Swee, 48, dari syarikat perunding BTA Architect serta bekas pengurus projek syarikat kontraktor pembangunan PKFZ, Law Jenn Dong, 51. - utusan

Thursday, July 29, 2010

Ling Liong Sik Didakwa Dengan Tuduhan Tipu Kerajaan Malaysia

PUTRAJAYA 29 Julai – Bekas Menteri Pengangkutan dan bekas Presiden MCA, Tun Dr. Ling Liong Sik hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Putrajaya atas tuduhan menipu Kerajaan Malaysia dengan memperdaya Jemaah Menteri berhubung pembelian tanah untuk projek ”Mega Distribution Hub” di Pelabuhan Klang.

Dr. Liong Sik, 67, yang memegang jawatan Menteri Pengangkutan selama 14 tahun dari Januari, 1986 hingga Mei, 2000, didakwa atas satu pertuduhan utama dan satu pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 418 dan Seksyen 417 Kanun Keseksaan. Hakim Suzana Hussin membenarkan ikat jamin sebanyak RM1 juta dengan seorang penjamin. Mahkamah juga menetapkan 3 September untuk sebutan kes.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengetuai pendakwaan dan dibantu oleh Ketua Bahagian Pendakwaan Datuk Tun Majid Tun Hamzah, Dzulkifli Ahmad dan Manoj Kurup, manakala Dr. Liong Sik diwakili peguam Datuk R.R. Sethu.

Mengikut kertas pertuduhan, Dr. Liong Sik didakwa telah menipu Kerajaan Malaysia antara 25 September, 2002 dan 6 November, 2002 di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di Wilayah Persekutuan Putrajaya iaitu dengan memperdayakan Jemaah Menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah untuk projek mega ”distribution hub” di Pelabuhan Klang mengikut terma-terma yang dipersetujui antara Kuala Dimensi Sdn. Bhd. dengan Lembaga Pelabuhan Klang. - utusan

Gambar Tun Dr. Ling Liong Sik Di Mahkamah


BEKAS Menteri Pengangkutan, Tun Dr. Ling Liong Sik (tengah) diiringi anggota polis hadir di Mahkamah Sesyen Putrajaya berhubung kes berkaitan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang, di Putrajaya, 29 Julai. - Utusan/HANAFI KHAMIS