ad ld

Pages

Showing posts with label terkini zizie izette. Show all posts
Showing posts with label terkini zizie izette. Show all posts

Wednesday, February 2, 2011

(Gambar) Zizie Ezette Msk Wad Suspek Demam Denggi

PETALING JAYA: Aktres popular Zizie Ezette Abd Samad, 32, (Zizie) kini ditahan di Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang, selepas disyaki menghidap demam denggi. Kata isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Sabah, Datuk Bung Mokhtar itu, dia dimasukkan ke hospital tersebut pada malam Isnin lalu selepas mengalami demam yang teruk semalaman.

"Saya mula ditahan di wad sejak malam tadi (Isnin). Sebenarnya sejak semalam lagi saya sudah mula demam dan menggigil yang teruk. Memandangkan saya berada berseorangan di rumah sebab suami kini berada di Sabah, saya tidak larat untuk ke klinik sendiri. "Mujurlah pada malam semalam (Isnin) ibu datang ke rumah dan menghantar saya ke hospital," katanya sewaktu dihubungi mStar Online, Selasa.

Walaupun masih belum mendapat pengesahan rasmi daripada doktor, beberapa simptom seperti muntah, sakit sendi, keluar bintik-bintik merah di kulit dan cirit-birit yang dialaminya itu menjurus kepada demam denggi.

"Selepas pemeriksaan darah semalam, doktor memberitahu simptom yang saya alami ini menjurus kepada demam denggi. Bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada keputusan rasmi daripada doktor.

"Saya kena tunggu sehingga esok atau lusa untuk pengesahan sama ada benar-benar dijangkiti demam denggi atau sebaliknya," katanya yang percaya mendapat penyakit itu ketika bercuti ke Filipina bersama suaminya, baru-baru ini. mstar

-- Gambar Nora Danish, Rayqal Dan Jejai Di Jepun
-- Gambar Fasha Sandha Di Majlis Harijadi Jejai
-- (Gambar) Majlis Resepsi Ayu Raudhah Dan Zaquan Adha Di Paroi Negeri Sembilan
-- (Gambar)Suami Pelakon Wilma Muhammad, Mahir Effendi Pilot Firefly Meninggal Dunia 
-- Video Dan Gambar Majlis Perkahwinan Nur Nadia SM Nasimuddin - Idaman Gadis 

Sunday, October 3, 2010

Bung Mokhtar Nafi Cerai Isteri Pertama

PETALING JAYA: Selepas mahkamah mengesahkan pernikahan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin, 51, dengan pelakon Zizie Izette, 32, pada Ogos lalu, khabar angin mengatakan Bung menceraikan isteri pertamanya, Nor Asidah Alimuddin sebulan lalu tersebar luas. Bagaimanapun, Bung menafikan hal cerai tersebut dan menganggapnya sebagai khabar angin kosong sahaja. "Tidak, mana ada. Ia cuma gosip sahaja," seloroh Bung ketika bertemu di majlis rumah terbukanya dan Zizie di kediaman mereka di Ukay Perdana. Zizie pula berkata, dia harap gosip sebegini tidak akan timbul lagi kerana risau jika ia mengguris hati pihak lain.

"Setakat ini hubungan Bung dengan isteri pertamanya baik dan saya harap khabar angin ini tidak berlarutan kerana ia memberi impak kepada keluarga kami. "Saya pun tidak mempunyai sebarang masalah dengannya," ujar Zizie. Tambah Zizie, selepas 10 bulan bergelar isteri, pelakon itu gembira dengan kehidupan barunya itu. Cuma, dari segi karier, Zizie tidak lagi dibenarkan menerima watak-watak seksi atau penggoda, sebagai tanda menghormati suaminya itu. "Sekarang ini saya sibuk menemani suami memenuhi undangan majlis-majlis korporat. Oleh itu saya mempunyai masa yang sangat terhad sehingggakan saya terpaksa menolak beberapa tawaran kerana kesibukan masa.

"Tambahan pula selepas berkahwin, suami sudah berpesan pada saya agar lebih memilih watak yang sesuai dengan status saya sekarang ini. "Justeru itu, saya telah membuka syarikat saya sendiri iaitu 2121 Vision Pictures, di mana saya akan menjadi penerbit drama atau filem. Jadi, bagi sesiapa yang mempunyai skrip yang bagus, bolehlah hantar kepada saya," katanya yang tidak sabar untuk menimang anak. - mstar