ad ld

Pages

Showing posts with label baju pengantin che ta. Show all posts
Showing posts with label baju pengantin che ta. Show all posts

Tuesday, December 17, 2013

Majlis Resepsi Rozita Che Wan Dan Zain Saidin (Gambar)

Majlis resepsi Rozita Che Wan dan Zain Saidin memang hebat kan. Dari segi persedian venue, pentas, gubahan hiasan, pakaian dan gambar semuanya awesome. Wedding of the year kan.


Terbaik. Tahniah buat Che Ta dan Zain. Semoga bahagia selamanya.

--  Lelaki Ditemui Mati Tergantung Selepas Bergaduh Dgn Isteri Baru Enam Bulan Kahwin (Gambar)
--  Skandal Adi Putra Suami Noraida Mahu Buka Semula Kes (Gambar)
--  Perkahwinan Anas Datuk K Dan Nasha Allysa Datuk Hishammuddin (Gambar)
--  Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)

Thursday, December 12, 2013

Pernikahan Rozita Che Wan Dan Zain Saidin Di Gazebo Setia City Convention Centre (Gambar)

Dengan sekali lafaz, pelakon Zain Saidin, 29, kini sah menjadi suami kepada aktres Rozita Che Wan, 40, di Gazebo Setia City Convention Centre. Majlis berlangsung kira-kira pukul 9.10 malam Rabu. Pasangan itu dinikahkan oleh Ketua Pendaftar Nikah Negeri Selangor, Ustaz Alwi Parman. Rozita diwalikan oleh adiknya, iaitu Roshidi Che Wan.


Pelakon itu menerima sembilan peti hantaran termasuklah wang hantaran dalam bentuk cek berjumlah RM23,200, mas kahwin RM9,300 dan juga cincin nikah bernilai RM93,000. Peti hantaran yang dibawa turut mengandungi telekung dan sejadah, set minyak wangi, beg tangan, sepersalinan kain, kasut, sirih junjung, telefon bimbit dan cincin.

Wednesday, December 11, 2013

Majlis Berinai Che Ta Dan Zain Di Dewan NDah Barang Kemas RM11 Juta (Gambar)

Pelakon Rozita Che Wan tampil menawan apabila menggayakan barangan kemas tajaan Habib Jewels bernilai RM11 juta sempena malam berinai yang berlangsung di Dewan N'Dah Shah Alam. Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta, 40, memasuki dewan kira-kira pukul 9 sambil menggayakan kebaya moden berwarna ungu gelap rekaan Rizman Ruzaini ditemani bakal suaminya aktor Zain Saidin, 29.


Pelakon drama Kiah Pekasam itu menggayakan barangan kemas pertama delima terdiri daripada tiara berlian, dua bentuk cincin, sepasang anting-anting labuh, rantai leher dan dua pasang rantai tangan bernilai RM6.5 juta. Duduk di atas pelamin yang dihiasi bunga putih, Rozita dan Zain turut memakai inai tajaan My Beautiful Henna.